Pages

Welcome To Blog Inspirasi Suka-Suki Kehidupanku..Kenali Duniaku Hidupku..Nothing Interesting,But its Special to me..
Powered By Blogger

what are you searching??

Monday, April 11, 2011

:: bLOg UpdatE :: mAcAmNe nAk sTuDy ni?? tiPs ::

Assalamualaikum... wbt..

Happy monday all... how your day today?? Adakah berjalan lancar atau membosankan?? Aku?? Jangan tanyalah.. Membosankan and mengantokkan.. Nak study tapi boleh plak ink pen aku habis.. so mood tu terus hilang.. So,aku kene la beli pen malam ni gak.. Kalau tak macamne nak study kan..

Bila memikirkan final yang semakin dekat, aku rasa macam nak demam je.. Sakit kepala pun ye.. Stress la..
Macam tak pernah jawab exam je kan.. Ini semua berpunca daripada paper audit.. Terlalu takut sampai kepala ni rase cam nak meletop pon ye.. Arggghhhh..

Sebenarnya bukan tu je yang aku fikir kan.. Macam-macam la.. Tekanan tol la.. So,sementara aku berfikir ni aku layan lagu kat dalam bilik yang cukup mengantok kan ini sebab cuaca kat Pee Dee ni mendung je.. Perut ni pon dah meragam ni sebab terlalu lapar.. Sampai dah tak leh nak fikir dah ni.. erghhhhh..

Aku rasa sem ni cam kelam kabut lak.. Padahal aku bukan amek banyak paper pun.. Mungkin sem ni masa cepat sangat berlalu and terlalu bnyk cancel kelas kot sebab tu jadi cam ni.. Siapa harus dipersalahkan.. Lecture or student?? Fikirla sendiri k...

And setelah aku menyelongkar apa yang tersirat di dalam internet ni.. Aku tertarik lak ngan beberapa tips ni.. So aku ingat nak share la ngan kengkawan aku yang nak amek exam next week especially dak DAT5 yang nak amek paper audit tu.....

1. Jangan Cari Alasan : Kita selalu memberikan alasan 'lupa' untuk study lebih awal.. '' Buat apa nak study awal2, esok lupa juga '' tu la yang sering kita ungkapkan.. Tapi sebenarnya kita tak lupa pun, cuma tak nak berusaha.. betul tak..

2. Fahami Apa Yang Dibaca : Kalau nak study tu kita kene la faham apa yang kita study tu.. Kalau study setakat nak masuk exam je pastu lupa better tak payah.. So, bila kita menghafal tu, kita faham kan ayat nye.. Baru la kita fahamkan ayat seterusnya..

3. Hafal Kata Kunci : Dulu mase nak SPM kita leh je buat keyword tok Sains,BM,Sejarah and lain-lain, kenapa kita dah belajar kat poli kita tak nak buat macam tu..

4. Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil : Contohnya macam paper audit, terlalu banyak fakta yang kita perlu ingatkan.. So pe salahnya kita pecahkan kepada beberapa kumpulan.. Contoh:

* Auditor
-Jenis auditor
-Jenis audit yang dibuat
-Tanggungjawab juruaudit

5. Sering membuat imbasan : Ada kajian telah dijalankan.. Apa yang kita hafal akan lupa dalam masa 24 jam.. So, kita di galakkan untuk mengimbas semula apa yang kita hafal itu.. InsyaAllah benda tu fresh dalam ingatan kita.

6. Gunakan Teknik-teknik Ingatan : Teknik ingatan seperti pertanyaan boleh digunakan dalam menghafal.. Contoh : Apa, Kenapa, Bagaimana.. Boleh digunakan dalam meleraikan satu ayat..

7. Elakkan daripada Tidur Petang : Tidur petang tak salah.. Tapi ada masa nya.. Amalkan untuk tidur selepas Zohor tapi jangan la sampai terbabas sampai ke asar.. Mengikut Dr Fadzilah Kamsah, tidur 10 minit sahaja selepas zohor boleh menyegarkan mata dan minda.. Amal-amalkan la ye..

8. Ajarkannya kepada Orang Lain : Cari peluang untuk ajarkan apa yang anda ketahui pada orang lain.. Tak salahkan nak share ilmu tu ckit, sebab dengan share tu la kita leh menguasai ilmu tu.. 

SO...pe lagi.. Amal-amalkan la ye kawan-kawan.. Penat aku search kat tenet ni.. Sampai tak sempat nak makan ni.. So lau korang ada pendapat lain, tak salahkan nk share.. Good Luck All...

~ FIN ~

No comments:

Latest Update From Suka-Suki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers