Pages

Welcome To Blog Inspirasi Suka-Suki Kehidupanku..Kenali Duniaku Hidupku..Nothing Interesting,But its Special to me..
Powered By Blogger

what are you searching??

Thursday, June 23, 2011

:: bLOg UpdatE :: aPa nAk jAdi ::

Assalamualaikum..wbt..

Malam ni aku agak sedikit rajin nak update blog.. 
Sebab esok aku cuti... hehehehe.. 
So, pe planning untuk esok ye... emmmmm... 
Opsss... Bukan tu yang aku nak story sebenarnya...

Okay... begini cerita nya...

Pada suatu malam, ada open house kat rumah Bos ( Cina ) aku ni..
Aku pun pergi lah dengan kawan-kawan kerja aku.. 
Memang mengharapkan dapat makan nasi beriyani.. 
Dahlah nak beli kat kedai mahal, so pergi makan free je la kat rumah bos aku... hehehe.. 
Kalau dah kerja dengan cina ni, dah tentu la staff and supplier ramai cina.. 
And bos aku pun ade sediakan Arak and Wain untuk para tetamu.. 
Kat situ hanya ada tiga orang je melayu.. 2 perempuan and seorang lelaki.. 
Dah tentu salah sorang perempuan tu aku and dua orang lagi Sarina and Rosli 
Opssss... Dirahsiakan nama nya... 
Sesampai ny kami kat rumah bos, yang lain-lain semua dah masuk dalam rumah lah sebab nak tengok design rumah bos aku..
 Al-maklum lah.. baru pindah la katakan.. 
Tapi aku dengan dak lelaki melayu tadi tak masuk, kami terus pergi cari nasi beriyani.. 
Dah lapar sangat la.. hahaha.. Masa aku amek makanan tu, husband bos aku tunjuk la yang mana haram and yang mana halal.. 
So memang was-was la nak makan.. Aku pun cepat-cepat amek makanan and dok2 la kat table yang disediakan.. 

Masa aku tengah nak amek air, memang aku terkejut la kan, bapa mertua bos aku leh lak hulur Guinness kat aku.. 
Perghhhh... memang aku rasa iman aku dinodai oleh syaitan.. 
Aku cepat-cepat geleng kepala cakap tak nak... 
Ya Allah memang masa tu terus hilang selera makan aku.. Tapi sebab perut dah lapar, aku telan je nasi yang ada tu.. 
Tapi satu demi satu tin guinness ada kat atas meja aku.. Sebab aku dok satu meja ngan staff cina yang lain.. Memang selamba je diorang minum.. Tapi aku tak heran sangat la tengok diorang minum.. 
Sebab bagi diorang, benda tu tak haram.. Tapi aku amat terkejut, bila sorang dak melayu ni, selamba dia je teguk segelas wain... 
Masa tu hanya Allah je la yang tau pe perasaan aku tengok orang se agama dengan aku diperbodohkan dengan agama lain.. 

After kejadian tu, memang aku tak nak stay lama la.. 
Aku minta kawan aku hantar balik.. Tak sanggup lah aku nak tengok dak melayu kita dirosakkan dengan kaum lain.. 
Kalau setakat perempuan hisap rokok maybe aku dah biasa tengok kat Jusco tu.. 
Tapi 1st time dalam hidup aku, aku tengok dak melayu minum air kencing syaitan.. 
Astagfirullah...

ESOKNYA... 
Aku masuk kerja pukul 10.30... Memang ada staff yang masuk petang sebab malam tadi terlebih minum... And diorang cerita la pasal malam tadi.. Benda yang aku paling tak sangka aku leh dengar bila dak melayu yang minum tu dia cakap 
''Sedap la wain tu..'' 
Memang tak di sangka... Tak terpikir ke diorang benda tu HARAM.... emmmmm.. 
Ntah la.. Sekarang ni dak muda semakin menjadi-jadi... 
Walaupun buruk mana perangai kita ni, tak payahlah berbangga dengan kejahatan tu...

OK...ADA GAMBAR NAK UPLOAD..TAPI TAK TAU PE MASALAHNYA...

Nota: Harap maaf andai ada yang terasa.. Bukan niat nak memerli atau memalukan.. Tapi hanya ingin mengingatkan... Sekian Terima Kasih..

Monday, June 20, 2011

:: bLOg UpdatE :: yOu aRe mY hErO..hApPy fAtHeR's DaY ::

Assalamualaikum..wbt..

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa dekat luar sana tak kira lah yang di panggil 'Ayah', 'Abah', 'Abi', 'Daddy', 'Papa' atau apa-apa sahaja gelaran yang anak-anak korang panggil.. Aku adalah salah seorang anak yang bertuah kerana dapat dua bapa iaitu Bapa Kandung dan Bapa Tiri.. Bapa Kandung aku namanya Suhadi Bin Abd. Rahman.. Aku memanggil insan yang aku sayang ini dengan panggilan 'Ayah'.. Apa istimewa ayah aku ni.. Dia adalah hero keluarga aku.. Aku bangga sebab dikurniakan dengan seorang ayah yang penyayang, bertanggungjawab, peramah, baik hati dan macam-macam la.. Walaupun dia hanya lah seorang buruh binaan, tapi aku tak pernah merasa malu dengan kerja yang dia buat.. Sebab dia bekerja untuk menyara kami sekeluarga.. Kerana kerja yang dia buat tu la, aku sekeluarga cukup makan, cukup pakaian.. Selain itu, ayah juga seorang bapa yang amat ceria.. Walaupun muka ayah nampak serius, tapi ayah amat peramah.. Sebut je nama ayah kat kampung, siapa tak kenal.. And aku still ingat lagi, tangan akak terkena pisau dan terkoyak nampak daging, ayah yang tak punya apa-apa kenderaan, secepat-cepatnya mencari kereta untuk menghantar akak ke klinik.. Nasib baik ayah cepat.. Kalau tidak, akak mesti kehilangan banyak darah.. Pernah sekali masa aku dengan akak aku meronda-ronda satu kampung, aku lalu tempat kerja ayah aku, aku tengok ayah aku sedang berada di bumbung.. Masa tu, hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan aku tengok ayah aku bertungkus lumus bekerja mencari duit.. Sehinggalah ayah mampu membeli sebuah kereta kancil.. Walaupun hanya sebuah kereta kancil, aku cukup bangga dengan apa yang ayah aku dah usahakan.. Ayah tak pernah abaikan kami bila ayah dah beli kereta.. Aku balik sekolah ayah jemput, mama and akak balik kerja pun ayah jemput.. Memang ayah seorang yang bertanggungjawab.. And still meninggal kesan lagi pada aku, aku pernah kena sengat dengan lipan, dan ayah cari lipan tu dan bunuh lipan tu.. Bengkak seminggu tu tangan aku.. And kesannya masih ada pada tangan aku.. You are my hero Ayah.. Kini tiada lagi panggilan ayah, kerana ayah dah tiada lagi.. Tapi aku dapat 'Abah'.. heheheh.. Cuma mereka terlalu different.. emmmm...

Seriously aku tak faham kenapa anak-anak zaman sekarang suka melawan cakap ayah diorang.. Mungkin sebab tak merasa kehilangan ayah tersayang dan tempat bergantung kot.. By the way, aku nak bagi nasihat sedikit, hargailah ibu bapa kita yang masih ada.. Kerana bila mereka tiada, kita akan merasakan kehilangan yang amat besar dalam hidup kita.. Apa-apa pun Sayangilah Ibu Bapa Anda...

SELAMAT HARI BAPA 'AYAH DAN ABAH'...

Sunday, June 12, 2011

:: bLOg UpdatE :: hAppY bEfdAy tO mE ::

Assalamualaikum wbt..

Walla.. today is my birthday... Tua sudah... Alhamdulilah diberi peluang untuk bernafas dan menyambut kelahiran yang ke-21... Mama cakap aku dah boleh mendaftar mengundi.. Excitednya.. Tapi macam tak best la angka 21 tu.. Macam dah tua sangat lah... Okay... Now umur 12 Tahun... Wahhhh... Best.. Best.. Hehehe...

Nak dijadikan cerita, kat FACEBOOK memang ramai yang wish... Memang wish diorang buat aku semangat lah.. Tu makna nya still ada yang ingat... Thank kat diorang 4 the wish.. Tapi individu yang disayangi lambat wish, and ada yang lupa.. Touching sangat taw...

FREE CALL... Perghhhh.... Kalau cakap pasal free call, dua-dua nombor aku dapat free call.. So pe lagi, payong cousin aku la call boyfriend dia... Aku dapat free call pun siapa yang nak call.. Tak ada boyfriend.. Memang rugi kan.. hehehe...

Tapi aku rasa birthday tahun ni cam tak best je... Tak dapat masakan khas dari mama.. Pastu kena kerja lak tu... Siyes bertambah bosan...

By The Way... Aku nak cakap Terima Kasih Mama Coz Melahirkan Aku dan Membesarkan Aku... Terima Kasih Sesangat.. 

Wednesday, June 8, 2011

:: bLOg UpdatE :: cUti-cUti mAlAySiA kElAnTaN & tErEnGgAnU ::

Assalamualaikum wbt...

Lama betul aku tak mengupdate blog sampai bersawang aku nya blog ni... hehehe.. Sekarang aku busy wat part time sempena cuti sem 2 bulan ni... And pada 3-5 Jun 2011 aku pun amek cuti coz nak pergi bercuti... Bercuti tak jauh mana pun.. Kelantan and Terengganu je... Aku nak kongsi sedikit cerita sepanjang 3 hari 2 malam aku pergi Cuti-Cuti Malaysia tu... Macam-macam perasaan aku rasa.. Happy, Penat, Sakit hati, Geram and macam-macam lagi..

Masa kat Kelantan... Kat sana kami pergi dua tempat... Rantau Panjang and Kota Bharu... Kalau sebut Zon Bebas Cukai Rantau Panjang mesti korang dah tau kan buat apa... Of course la shopping.. Memang beratus sen habis kat sane.. Beli tikar la, periuk la, toto la and macam-macam la.. Yang aku pelik macam la kat Johor ni tak ada semua tu kan.. Tapi tak kisah lah.. Bukan duit aku yang habis.. hehehe.. And pas menghabiskan bersen-sen duit kat Rantau Panjang kami teruskan perjalanan ke Kota Bharu.. Kat sana kami pergi makan tengahari kat Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan.. Alaaaaa... Restoran yang masuk jalan-jalan cari makan tu la... Sedap jugak makan kat situ.. Ramai gak customer diowg sampai meja semua full...

Perut dah kenyang so pe lagi... Teruskan b'shopping kat Pasar Siti Khadijah.. Tapi kami tersesat sampai ke Kota Bharu Trade Centre (KTTC).. hehehe... Memang best la tersesat coz kat situ ada sale.. Rambang mata seyh.. Tapi agak sedih la sebab lom gaji lak masa tu.. so tengok-tengok je la... hehehe.. and malam tu kami telah menginap kat Hotel Anda.. Tak jauh dari KTTC...

Keesokan nya kami meneruskan perjalanan ke Terengganu.. Kami pi Masjid Kristal and Pasar Payang... Memang penat la kan.. Jalan-jalan and shopping.. heheh.. Sampai sini jela cerita cuti-cuti aku.. Sebab mata pun dah mengantuk..

Santapan Mata sempena Cuti-cuti Malaysia kat Kelantan dan Terengganu..











Tak sempat nak edit lorh.. Thanks read my post..

Latest Update From Suka-Suki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers