Pages

Welcome To Blog Inspirasi Suka-Suki Kehidupanku..Kenali Duniaku Hidupku..Nothing Interesting,But its Special to me..
Powered By Blogger

what are you searching??

Monday, May 21, 2012

#blogUptOdAte# Feeling..Oh Perasaan..

Assalamualaikum..wbt..

Hi blogger dan pelawat semua.. Terima kasih kerana melawat dan meningkatkan traffic blog saya ni.. Serius lama dah x update blog ni.. Busy la kata kan.. Hari ni boleh dikatakan bersemangat sikit nak update coz hati ngah berbunga-bunga ni.. Sambil mendengar lagu yang sentiasa menyentuh hati ni.. 

Hari ni result Politeknik keluar.. So macam sedikit happy la.. Sebab semua paper lulus.. Alhamdulilah.. Mase tengok result tu memang kecut perut la kan.. Bila dah tengok, tangan gigil sampai nak pegang hp pon xlarat.. Btw TAHNIAH kat kawan2 yang lulus dengan cemerlang untuk Sesi Dis 2011..
Maka perjalanan hidup aku sebagai student bakal berakhir.. Menghitung hari gak ni.. 

Kadang-kadang aku terfikir.. Tak semua orang akan bernasib baik.. And tak semua orang tu bernasib malang.. Mungkin sebab usaha kita tak cukup, sebab tu nasib tak menyebelahi kita.. Sama jugak cam belajar ni.. Semua orang nak habis 'OnTime', tapi mungkin bukan rezeki nak habis awal jadi kene la tambah semester.. Tapi itu tak di kira malang.. Tapi kita diberi peluang untuk memperbaiki kelemahan kita tu..

Lumrah dalam hidup ni.. Bila berada di bawah akan sentiasa merendah diri.. Pada mulanya aku camtu gak.. Tapi aku kuatkan semangat dan bangkit semula.. Membuktikan bahawa aku mampu membuatnya.. Merendah diri akan membuatkan diri kita lagi lemah..

Alhamdulilah syukur atas pemberianNya...

Tiba-tiba terfikir.. Mesti pernah dengar ayat ni kan " Disebalik lelaki yang berjaya ade perempuan yang sentiasa menyokong"... Tapi hari ni aku buktikan bahawa '' Disebalik kejayaan anak, terselitnya doa dari ibubapa".. Terima Kasih mama yang sentiasa mendoakan kejayaan adik.. ( haaa...mula la nak nangis.. hati taman la katakan.. )..

Selain itu, aku nak ucapkan terima kasih kepada ahli keluarga serta kawan-kawan yang sentiasa membantu sepanjang aku belajar kat Politeknik Port Dickson ni..

Selamat Malam.... :)

Latest Update From Suka-Suki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers