Pages

Welcome To Blog Inspirasi Suka-Suki Kehidupanku..Kenali Duniaku Hidupku..Nothing Interesting,But its Special to me..
Powered By Blogger

what are you searching??

Friday, April 22, 2011

:: bLOg UpdatE :: its sHoUld bE yOuR sPeCiAl dAy aYaH ::

Assalamualaikum..wbt.. Hello.....

Malas pulak aku nak speaking2 ni.. Penat nak memikirkan ayat nye.. hehehe.. So aku nak continue la story aku tengahari ini..

Tarikh hari ini 22 April 2011 Masihi bersamaan 18 Jamadil Awal 1432 Hijrah..
Ada apa dengan tarikh hari ini??
So, aku adalah sikit story yang agak sedih sikit lah nak share...

51 Tahun yang lepas, 22 April 1960 lahirlah seorang cahaya mata yang memberikan sinar dalam hidup sepasang suami isteri iaitu Abdul Rahman dan Munawarah.. Lahirlah seorang insan yang penyabar, peramah, bertanggungjawab, penyayang dan lain-lain.. Bayi tersebut pun diberi nama SUHADI BIN ABDUL RAHMAN.. Dibesarkan bersama 4 orang lagi adik beradik.. 

Semasa berumur 25 Tahun, dia telah berkahwin dengan Jamilah Binti Omar dan dikurniakan 2 orang cahaya mata, Nurul Hidayah dan Nurul Nadzirah (its me).. Semasa berumur 45 Tahun, ayah telah mendapat seorang cucu bernama Aiman Hakim.. Masa tu memang ayah suka sangat sebab ada juga HERO dalam keluarga.. Masa itu jugalah keluarga kami hidup dalam keadaan gembira.. Tapi kegembiraan itu tak lama.. 

Pada 22 September 2005 bersamaan 18 Syaaban 1426 ayah telah kembali ke rahmatullah di wad ICU Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru akibat penyakit Acute Leukemia (barah darah kalau tak silap aku).. Tipulah kalau aku cakap aku tak sedih.. Sedih sangat tau,dahlah ayah orang yang paling aku rapat sekali.. Hanya Allah je yang tau macam mana perasaan aku masa tu.. Redha dengan tak redha je.. Tapi better ayah pergi awal dari menderita sakit.. Kesian sangat kat ayah.. Salah satu faktor sakit ayah tu adalah ROKOK.. Sebab tu aku pantang orang hisap rokok tala asap kat aku.. Nak hisap tak pa,tapi beradap la ckit.. Hormat orang lain..

Kalau AYAH aku masih ada, hari ini genap arwah Ayah aku berumur 51 Tahun.. Tapi Allah tak panjangkan umurnya.. Jadi aku sebagai anak hanya mampu mendoakan dan sedekah kan yasin dan Al-Fatihah untuk Arwah Ayah aku..

Kadang-kadang aku kalau menangis, aku pasti akan panggil 'AYAH' sebab hanya ayah aku je yang buat aku lebih tenang.. Seriously aku nak cakap since ayah takda, macam2 masalah datang dalam hidup aku dan mama.. Alhamdulilah mama aku seorang yang sabar dan tabah hadapi dugaan..

 Kalau ayah masih ada, banyak benda aku nak cakap kat ayah.. Antaranya:

''Ayah, 
adik sekarang dah sambung belajar kat politeknik.. Amek jurusan yang adik minat dari dulu lagi.. Agak-agak ayah masih ingat lagi tak adik penah cakap adik nak dapatkan kerja gaji 1juta.. Dulu memang adik fikir tak mungkin, tapi sekarang adik yakin boleh.. Bukan setakat 1juta, tapi berjuta-juta ( dalam Rupiah)..heheh.. 

Ayah nak tau lagi tak, akak dah ada 3 orang hero dalam keluarga kita.. Aiman,Alif and Aidil... Comey sangat tengok diorang membesar.. Kalaulah ayah masih ada.. Mesti ayah manjakan diorang kan.. 

Ayah, 
Mama, adik and akak and family dia sangat2 merindui ayah.. Adik tak rasa pun cam ayah dah tak ada.. Sebab ayah sentiasa dalam hati kitorang.. Tiada sesiapa pun dapat menggantikan tempat ayah.. Because you are the BEST FATHER forever..''

Memang aku tak mungkin dapat sampaikan apa yang aku nak sampaikan apa yang aku rasa kat ayah aku, tapi aku mampu mendoakan semoga rohnya ditempatkan disisi Hamba-hamba Allah yang beriman..
Aku bangga dapat ayah macamni walaupun aku tak dilahirkan dalam keluarga yang 'berada'.. Sebab aku tau hasil titik peluh ayah aku bekerja itu sudah cukup membuatkan aku sekeluarga bahagia... Thank ayah atas pengorbanan ayah 15 Tahun membesarkan adik..

p/s : Hargailah insan yang menyayangi korang walaupun korang selalu dimarahi.. Kerana apabilah insan tersebut sudah tiada, koran pasti akan merasa kehilangan besar dalam hidup korang..

FIN..

4 comments:

Unknown said...

serius sdey,,,,
nx nges,,,,
ingt lg waktu kt felc..
ko nges,,,
mase tue bru aq tau ko dah xd ayh..

Nurul Nadzirah said...

hehehe..sedih eh...aq ni ag la sedih..ble aq ingt aq dh xde ayah,aq rase sunyi je..rase xbermkne pape je hdp ni..tp Alhamdulilah aq still ad mama aq..so hargailah apa yang ada depan mata k..heheh

Anonymous said...

ira,,nape kau mcam ny,,,aku pon rndu kat arwah uncle,,,
ira,,kau bjaye wat aku nanges,,,
ira,,aku janji aku xnak lwan ckp ayh aku lg,,,
sengal r kau ny,,,
xtaw ke air mate aku ny mahal ha!!!!

Nurul Nadzirah said...

ni la pe yang aq pendam taw selama ni..mmg x terluah dek kata2..sbb tu kdg2 aq mara gak ngn anak2 yg xhargai parent diowg..mgkin sbb diowg xrasa ag cmni sbb tu xphm perasaan aq...

Latest Update From Suka-Suki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers