Pages

Welcome To Blog Inspirasi Suka-Suki Kehidupanku..Kenali Duniaku Hidupku..Nothing Interesting,But its Special to me..
Powered By Blogger

what are you searching??

Tuesday, August 9, 2011

:: bLOg UpdatE :: eLaKkAn fAcEbOoK aNdA dArIpAda di hAcK @ gOdAm ::

Assalamualaikum...wbt...

Malam ni aku berbesar hati nak share pasal facebook ni atau nama lain mukabuku..
Sekarang dah macam-macam kes pasal fb yang kita dengar..
Antara penyakit yang paling teruk adalah 'GODAM'...
Seramkan bunyinya...
hehehe..

Sekarang ni fb banyak perubahan..
Daripada chat box, wall dan macam2 la..
Tapi ada satu benda ni memang kita semua tak perasan..
kt URL kita..
Biasanya kat depan URL kita akan ada https://www.facebook.com/home.php..
Tapi sekarang hanya ada http://www.facebook.com/home.php
atau 
www.facebook.com/home.php


atau


Untuk mengelakkan fb anda daripada di godam atau di 'hacker' oleh individu yang tak
bertanggungjawab.. 
Ikuti langkah-langkah berikut :

Langkah 1

Pergi ke < account > pastu klik ke < account setting >


Langkah 2

Selepas itu akan kelihatan page account setting..
Klik pada < security >


Langkah 3

Pada setting SECURITY tu.. Akan ada beberapa setting untuk security..
Pada SECURE BROWSING anda perlulah klik EDIT...


Langkah 4

Selepas itu sila TICK pada 
< Browse facebook on a secure connection (https) when possible >
dan kemudian
SAVE CHANGES


dan ia akan ENABLED security fb anda...


HASILNYA........

https://www.facebook.com

Sekian.. Terima Kasih...

p/s : Anda juga boleh share di wall anda atau share dengan kawan-kawan... Juat klik button share... thx...

Tuesday, August 2, 2011

:: bLOg UpdatE :: pUaSa oH pUaSA ::

Assalamualaikum..wbt...

Still belum terlambat lagi kan kalau aku nak ucapkan 
'SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK' 
untuk semua umat islam di dunia..

Bila cakap pasal Ramadan ni dah tentu-tentu lah kene puasa kan..
BTW.....
Alhamdulilah aku bersyukur sangat sebab still dapat merasa ramadan untuk tahun ni..

Hari ini hari kedua umat islam berpuasa...
Segalanya berjalan lancar...
Still tak ada dengar lagi ada budak pengsan dalam kelas akibat puasa...
hehehe... (tetibe teringat lak kisah aku pengsan di bulan puasa..haha)

Bila dah sehari berpuasa, maka ramai lah orang kat bazar-bazar ramadan..
Tak kira orang melayu, india mahupun cina...

Nak dijadikan cerita, hari pertama berpuasa aku tak sangka betul bazar kat
Taman Politeknik,PD ni akan penuh dengan orang..
Memang nampak cam orang kelaparan je masing-masing..
Yang aku paling tak leh lupa, aku rasa cam pergi pasar lelaki taw..
Memang penuh ngan kaum adam ni...
Sampai nak jalan pun susah...
Tapi ada benda yang tak leh lupa...
Ada lah seorang lelaki ni terlanggar roomate aku...
Boleh plak dia cakap..
''alamak,batal puasa aku''...
Memang bantai gelak je la kn kitorang..
Macam2 la diorang ni...

Apa-apa pun..Selamat Berpuasa la ye...
Elakkan dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa..
Tapi perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa mesti susah dielak kan..heheh

P/S : nak elak kurang pahala puasa, duk rumah je..baca Quran and Solat.. Sekian...

Friday, July 22, 2011

:: bLOg UpdatE :: kEhiLaNgAn kAwAn tErSaYanG ::

Assalamualaikum...wbt..

Hari ni aku memang tak ada feel langsung nak update blog.. Aku rasa tak bersemangat bila dapat tau sahabat kami telah pergi untuk selama-lamanya pada pukul 12.10am bersamaan 22 Julai 2011  / 20 Syaaban 1432 .. Pemergian beliau amat tak di sangka-sangka.. Arwah dah menunjukkan tanda-tanda yang dia akan pergi buat selamanya.. Tapi kami semua tak perasan tu semua...


Betul cakap arwah tu.. ''Aku redha dan pasrah..mungkin ade hikmah di sebaliknya''.. Mungkin ada hikmahnya pemergian beliau... ''Terasa lambat plak minggu ni''.. Adakah dia merasakan tidak sabar untuk untuk pulang ke rahmatullah... Jadi sebagai manusia yang akan pergi juga satu hari nanti, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Nur Ayuni Binti Mohamad Akbar... Semoga rohnya di tempatkan di sisi hamba-hamba Allah yang beriman....

AMIN....


Thursday, July 14, 2011

:: bLOg UpdatE :: PeLeNgKaP hiDuPkU ::

Assalamualaikum..wbt..

Alhamdulilah Allah still beri aku peluang untuk bernafas..
 Aku juga diberi peluang untuk berubah.. 
So, aku pun gunakan dengan sebaiknya peluang tu.. 

So malam ni sebelum aku nak mula study Financial Accounting 3,
aku ingat nak share sikit la pasal minat aku yang baru ni..
hehehe...

Siapa pernah baca pasal blog post aku pasal Aishiteru tu???
Korang yang pernah baca mesti tau apa maksud Aishiteru tu kan...
Kalau sesiapa yang tak tahu atau tak ingat,
aku refresh balik la ye..

Aishiteru...
Aishiteru ni lagu daripada band indonesia.. Zivilia..
Zivilia Band - Aishiteru
Ni lah band yang buat aku fanatik gila dengar lagu Aishiteru tu..
And lagu yang tengah berkumandang ni lah lagu Aishiteru..
Best kan..
Bila aku dengar lagu ni siyesly remind me to someone..
Who??? hehehe..
Dia lah yang buat aku jatuh cinta kat dia dari dulu sampai sekarang walaupun
kami tak pernah jumpa atau ada pape hubungan istimewa..
So, bila aku dengar lagu ni tak kisahlah time happy ke, sedih ke, atau pape sahaja 
situasi aku mesti teringat kat dia je..
Itu lah aishiteru aku..

Ok.. Back to blog title... Pelengkap Hidupku...
Ni pun salah satu lagu baru yang buat aku minat..
Tapi lagu ni tempat kedua dalam hati aku coz Aishiteru still number one dalam hati ni...
Lagu ni dinyanyikan oleh Eren dan Romi..
Setahu aku Eren tu daripada Kumpulan Kangen Band..
Alaaaaa.. yang ada suara perempuan tu..
Yang bestnya Eren ni...
Walaupun dia ni menyanyi dengan band lelaki,
Dia still pakai tudung.. Terbaik lah...

Eren - Pelengkap Hidupku..
Cantik gak si Eren ni kan...
hehehehe...
Ok,Kalau korang tak pernah dengar lagi lagu Pelengkap Hidupku,
Korang boleh lah search kat Youtube tak pun cari kat 4Shared ye...

Lagu pelengkap hidupku ini ditujukan oleh seorang kawan aku yang bernama *...
* Rahsia.. Mana boleh tau.. huhuh
Dia kata kalau aku rindu atau ingat kat dia aku boleh dengar lagu ni..
First time aku dengar lagu ni pun masa kawan aku bagi link..
So aku bukak lah blog ni..
Lau tak silap aku, owner blog ni nama dia Nurul..( Boleh klik kat nama tu)
Kebetulan plak nama same lak ngan nama aku kan..
Kawan aku cakap dia minat dengar lagu tu..
So dia suruh aku cari..
Memang penat aku cari..
Aku tanya kat blog Nurul tu and kat fan page dia.. 
But no respon.. Hampeh..
And lastly aku try search lirik lagu tu kat google..
And akhirnya aku jumpa juga..
PELENGKAP HIDUPKU..

Akhirnya lengkap juga pencarian tajuk tu oleh aku..
And now aku dedicated lagu tu untuk kawan aku..hehehe..
Hari-hari aku akan sent lirik kat dia..
Tak kira lah by mesej, chat or whatever..

Okay, sampai sini jelah aku nak share minat pasal lagu tu..
Ni aku ade lirik nya kalau korang nak tau..

* PELENGKAP HIDUPKU *
Eren Ft Romi..

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia

Sunday, July 10, 2011

:: bLOg UpdatE :: hUbUnGaN yAnG mEmBaWa keGaGaLaN!!!!!! ::

Assalamualaikum..wbt..


Cinta Itu Buta.. 
Pasti ramai yang pernah mendengar pepatah ini.. 
Namun hakikatnya sebenarnya cinta tidak buta.. 
Tetapi orang yang bercinta yang membutakan matanya sendiri.. 
Adakalanya perkara yang sudah terang lagi disuluh tetapi masih sengaja menafikan serta memejamkan mata demi menjaga sebuah cinta yang sudah pasti 
Tiada Pengakhirannya......

Antara hubungan yang membawa kegagalan:

1. HUBUNGAN YANG DIMULAKAN DARI BERTEPUK SEBELAH TANGAN....

2. Hubungan yang dimulakan kerana FANTASI...

3. HUBUNGAN yang bermula atas dasar MEMBERONTAK TERHADAP ORANG TUA..

4. Hubungan YANG DIMULAKAN dalam keadaan EMOSI yang TERLUKA akibat PATAH HATI..

5. HUBUNGAH YANG TIMBUL dari rasa KEKAGUMAN BERLEBIHAN..

6. hubungan yang bermula dari CINTA TIGA SEGI..


P/S : ''Men are like SHOES. Some make you feel TALLER, Some make you feel so SMALL.......'


Saturday, July 9, 2011

:: bLOg UpdatE :: aWeSoMe..cUtE rObOt dAnCe ::

Assalamualaikum..wbt...

Tadi aku godeh-godeh kejap facebook, so aku refresh fb aku and tengok ada org add aku..
So aku pun approve la..
And aku bukak la wall dia..
And terjumpa video ni...
 Siyesly wat aku tertarik..
So pe lagi, watch this....


Amacam... comel tak???

P/S : untuk sound yang lebih baik, sila pause music dumper..thank for watching..

:: bLOg UpdatE :: 10 pErBeZaAN kAu dAn AkU ::

Hello... Opssss.... Assalamualaikum..wbt..

Tengok title pun dah boleh taw kan..
Kalau sebut LELAKI dan PEREMPUAN kita dah boleh berfikir apa PERBEZAAN dua makhluk ini.. 
Bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga pemikiran mereka. 
Hal inilah yang membuatkan lelaki dan wanita saling melengkapi. 
Namun, sebelum mereka saling melengkapi, mari kita selidik apakah yang membuatkan kita begitu berbeza..

LELAKI
gambar hiasan
 WANITA 

1 NAMA

Wanita : Jika Sofia, Anisah, Aisyah, dan Fazlina keluar makan, mereka tetap akan memanggil Sofia, Anis, Aisyah dan Faz di antara sesama mereka.
Lelaki : Jika Asyraff, Faiz, Syazwan dan Izwan keluar makan, mereka akan memanggil gelaran mereka seperti Babat, Tupai, Barai dan Panjang diantara mereka..

2 DUIT

Wanita sanggup mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli dalam kuantiti yang banyak walaupun dengan harga murah, asalkan mereka dapat bergaya.
Lelaki sanggup mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli sehelai seluar jeans Levi's yang berharga beratus-ratus ringgit.

3 BILIK AIR

Wanita secara purata mempunyai hampir 328 barang di dalam bilik air mereka.
Lelaki pula hanya mempunyai 5 barang sahaja di dalam bilik air mereka iaitu berus gigi, pencukur, krim pencukur, sabun buku dan juga tuala. Dan secara puratanya juga, lelaki hampir tidak mengetahui apakah barang tersebut dan tujuannya.

4 PERTENGKARAN

Wanita sering ada sahaja kata-kata akhir selepas sesuatu pertengkaran berlaku. Ala-ala kesimpualan kepada pertengkaran itu la..
Lelaki pula, sering menambah-nambah pada kata-kata akhir wanita itu dan apa yang tidak disangka, ia akan menjadi permulaan kepada pertengkaran yang baru.

5 KUCING

Wanita cukup suka dan sayangkan haiwan kesayangan Rasulullah ini..
Lelaki??? Mereka akan cakap mereka sayangkan kucing dan jika wanita tidak memandang, mereka akan menyepak kucing itu..

6 MASA HADAPAN

Seorang wanita amat risaukan masa depannya sehinggalah mereka dapat seorang suami.
Seorang lelaki tidak pernah merisaukan masa depannya sehinggalah mereka mendapat seorang isteri.

7 KEJAYAAN

Seorang lelaki yang berjaya dapat membuat duit dengan jayanya untuk dibelanjakan oleh isterinya.
Seorang wanita dikatakan berjaya apabila mendapat lelaki seperti diatas itu!!

8 PERKAHWINAN

Seorang wanita berkahwin dengan lelaki dan mengharapkan lelaki itu boleh BERUBAH, tetapi malangnya si dia tidak akan berubah.
Seorang lelaki berkahwin dengan wanita dan mengharapkan wanita itu TIDAK berubah tetapi malangnya si dia akan berubah.

9 BERGAYA

Seorang wanita akan bergaya apabila mereka keluar shopping, membuang sampah di luar, menyiram bunga di halaman, mengambil surat di peti surat serta ketika menonton tv.
Seorang lelaki akan bergaya hanya ketika pergi ke ofis dan majlis perkahwinan.

10 SIFAT SEMULAJADI

Seorang lelaki apabila bangun pagi, rupa mereka semua sama seperti waktu petang dan juga waktu sebelum tidur. Gaya mereka memang tidak terurus dan begitu jugalah sekiranya mereka berkahwin.
Wanita pula, cantik rupanya apabila keluar di waktu pagi, petang dan malam. TAPI apabila mereka bangun dari tidur?? Huhhhh!!! Menakutkan..
Sumber  Majalah Remaja Edisi Dis 2010

Suka-Suki said : Tak semua lelaki macam tu dan tak semua wanita macam tu..

____________________________________________________________________________

TERIMA KASIH DAUN KELADI,
KALAU RAJIN, NANTI AKU UPDATE LAGI..

____________________________________________________________________________

:: bLOg UpdatE :: pAkAiAn sEkSi kE kElAs? oPss,TaK pErLuLaH..! ::

Gambar Hiasan
Assalamualaikum..wbt..

Lama betul aku tak update blog ni... So, bila dah rasa bosan tahap gaban ni aku pun merajinkan diri membaca majalah yang edisi beberapa bulan yang lepas.. And aku ada terbaca satu artikel ni.. Memang sesuai la topik ni sebab ada IPT pun dah naik cuti sem..

PENAMPILAN MENCERMINKAN DIRI 
WALAUPUN UNTUK KE KELAS, 
ADAKAH PELAJAR ITU PERLU BERPAKAIAN 
SEOLAH-OLAH MAHU KE KELAB MALAM? 
SEDIKIT TIPS PAKAIAN YANG HARUS DIPAKAI UNTUK 
KE KELAS. 
NANTI SEMUA MATA MEMANDANG, SIAPA YANG MALU? 
KAMU DAN KAMU JUGA...HEHEHE


Baju Nipis Menembusi Pandangan
Oh, pasti ada yang gemar memakai baju nipis ke kelas. Ditambah pula dengan pakaian dalam yang berwarna terang ! Nak tunjuk pada siapa sebenarnya? Cubalah jangan berpakaian sebegini. Jangan sampai orang silap tengok kamu sebagai perempuan murahan ya !

Strappy Heels Bertali Tinggi
Hah, kamu ni nak ke kelas ke nak ke majlis makan malam? Ada juga yang berani memakai strappy heels bertali tinggi ini dengan skirt yang terlalu pendek. Sudah pasti kamu akan menjadi perhatian. Pakailah kasut yang sesuai dan simpan strappy heels kamu yang cantik itu untuk acara lain ok.

Baju Berbelah Di Dada
Kamu berharap akan ada aura seksi jika berpakaian begini? Mungkin sebelum melangkah dari bilikmu, fikirkan ke mana arah tujuanmu. Jika kamu ingin menuju ke kelas, lebih baik kamu tukar baju tersebut erlebih dahulu! Tak perlu nak menunjuk dadamu apabila ke kelas. Sila-silap, bila kamu tertunduk-tunduk di kelas ada pula lelaki lain yang ambil peluang menyaksikan 'Pertunjukan Percuma'. Tak malu ke?

T-shirt Tanpa Kolar
Pasti ramai yang berpakaian begini ketika ke kelas, khususnya golongan lelaki. Bagi mereka, penampilan ringkas adalah pilihan yang paling tepat. Tapi kamu akan kelihatan sangat selekeh dan tidak mencerminkan keperibadianmu yang positif sebagai seorang pelajar. Lainlah kalau kamu ada projek ataupun tugasan yang melibatkan kerja-kerja luar. Apa-apa pun, cubalah berpakaian dengan lebih menunjukkan kredibiliti diri kamu ya!

Sumber : Majalah Remaja Edisi 15 Feb 2011


P/S : Sebenarnya ada banyak lagi, tapi aku malas nak taip lak.. Ini just untuk ingatan.. Aku pun kadang-kadang terpakai baju nipis gak pergi kelas.. So... Thank sebab baca...hehe

Thursday, June 23, 2011

:: bLOg UpdatE :: aPa nAk jAdi ::

Assalamualaikum..wbt..

Malam ni aku agak sedikit rajin nak update blog.. 
Sebab esok aku cuti... hehehehe.. 
So, pe planning untuk esok ye... emmmmm... 
Opsss... Bukan tu yang aku nak story sebenarnya...

Okay... begini cerita nya...

Pada suatu malam, ada open house kat rumah Bos ( Cina ) aku ni..
Aku pun pergi lah dengan kawan-kawan kerja aku.. 
Memang mengharapkan dapat makan nasi beriyani.. 
Dahlah nak beli kat kedai mahal, so pergi makan free je la kat rumah bos aku... hehehe.. 
Kalau dah kerja dengan cina ni, dah tentu la staff and supplier ramai cina.. 
And bos aku pun ade sediakan Arak and Wain untuk para tetamu.. 
Kat situ hanya ada tiga orang je melayu.. 2 perempuan and seorang lelaki.. 
Dah tentu salah sorang perempuan tu aku and dua orang lagi Sarina and Rosli 
Opssss... Dirahsiakan nama nya... 
Sesampai ny kami kat rumah bos, yang lain-lain semua dah masuk dalam rumah lah sebab nak tengok design rumah bos aku..
 Al-maklum lah.. baru pindah la katakan.. 
Tapi aku dengan dak lelaki melayu tadi tak masuk, kami terus pergi cari nasi beriyani.. 
Dah lapar sangat la.. hahaha.. Masa aku amek makanan tu, husband bos aku tunjuk la yang mana haram and yang mana halal.. 
So memang was-was la nak makan.. Aku pun cepat-cepat amek makanan and dok2 la kat table yang disediakan.. 

Masa aku tengah nak amek air, memang aku terkejut la kan, bapa mertua bos aku leh lak hulur Guinness kat aku.. 
Perghhhh... memang aku rasa iman aku dinodai oleh syaitan.. 
Aku cepat-cepat geleng kepala cakap tak nak... 
Ya Allah memang masa tu terus hilang selera makan aku.. Tapi sebab perut dah lapar, aku telan je nasi yang ada tu.. 
Tapi satu demi satu tin guinness ada kat atas meja aku.. Sebab aku dok satu meja ngan staff cina yang lain.. Memang selamba je diorang minum.. Tapi aku tak heran sangat la tengok diorang minum.. 
Sebab bagi diorang, benda tu tak haram.. Tapi aku amat terkejut, bila sorang dak melayu ni, selamba dia je teguk segelas wain... 
Masa tu hanya Allah je la yang tau pe perasaan aku tengok orang se agama dengan aku diperbodohkan dengan agama lain.. 

After kejadian tu, memang aku tak nak stay lama la.. 
Aku minta kawan aku hantar balik.. Tak sanggup lah aku nak tengok dak melayu kita dirosakkan dengan kaum lain.. 
Kalau setakat perempuan hisap rokok maybe aku dah biasa tengok kat Jusco tu.. 
Tapi 1st time dalam hidup aku, aku tengok dak melayu minum air kencing syaitan.. 
Astagfirullah...

ESOKNYA... 
Aku masuk kerja pukul 10.30... Memang ada staff yang masuk petang sebab malam tadi terlebih minum... And diorang cerita la pasal malam tadi.. Benda yang aku paling tak sangka aku leh dengar bila dak melayu yang minum tu dia cakap 
''Sedap la wain tu..'' 
Memang tak di sangka... Tak terpikir ke diorang benda tu HARAM.... emmmmm.. 
Ntah la.. Sekarang ni dak muda semakin menjadi-jadi... 
Walaupun buruk mana perangai kita ni, tak payahlah berbangga dengan kejahatan tu...

OK...ADA GAMBAR NAK UPLOAD..TAPI TAK TAU PE MASALAHNYA...

Nota: Harap maaf andai ada yang terasa.. Bukan niat nak memerli atau memalukan.. Tapi hanya ingin mengingatkan... Sekian Terima Kasih..

Monday, June 20, 2011

:: bLOg UpdatE :: yOu aRe mY hErO..hApPy fAtHeR's DaY ::

Assalamualaikum..wbt..

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa dekat luar sana tak kira lah yang di panggil 'Ayah', 'Abah', 'Abi', 'Daddy', 'Papa' atau apa-apa sahaja gelaran yang anak-anak korang panggil.. Aku adalah salah seorang anak yang bertuah kerana dapat dua bapa iaitu Bapa Kandung dan Bapa Tiri.. Bapa Kandung aku namanya Suhadi Bin Abd. Rahman.. Aku memanggil insan yang aku sayang ini dengan panggilan 'Ayah'.. Apa istimewa ayah aku ni.. Dia adalah hero keluarga aku.. Aku bangga sebab dikurniakan dengan seorang ayah yang penyayang, bertanggungjawab, peramah, baik hati dan macam-macam la.. Walaupun dia hanya lah seorang buruh binaan, tapi aku tak pernah merasa malu dengan kerja yang dia buat.. Sebab dia bekerja untuk menyara kami sekeluarga.. Kerana kerja yang dia buat tu la, aku sekeluarga cukup makan, cukup pakaian.. Selain itu, ayah juga seorang bapa yang amat ceria.. Walaupun muka ayah nampak serius, tapi ayah amat peramah.. Sebut je nama ayah kat kampung, siapa tak kenal.. And aku still ingat lagi, tangan akak terkena pisau dan terkoyak nampak daging, ayah yang tak punya apa-apa kenderaan, secepat-cepatnya mencari kereta untuk menghantar akak ke klinik.. Nasib baik ayah cepat.. Kalau tidak, akak mesti kehilangan banyak darah.. Pernah sekali masa aku dengan akak aku meronda-ronda satu kampung, aku lalu tempat kerja ayah aku, aku tengok ayah aku sedang berada di bumbung.. Masa tu, hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan aku tengok ayah aku bertungkus lumus bekerja mencari duit.. Sehinggalah ayah mampu membeli sebuah kereta kancil.. Walaupun hanya sebuah kereta kancil, aku cukup bangga dengan apa yang ayah aku dah usahakan.. Ayah tak pernah abaikan kami bila ayah dah beli kereta.. Aku balik sekolah ayah jemput, mama and akak balik kerja pun ayah jemput.. Memang ayah seorang yang bertanggungjawab.. And still meninggal kesan lagi pada aku, aku pernah kena sengat dengan lipan, dan ayah cari lipan tu dan bunuh lipan tu.. Bengkak seminggu tu tangan aku.. And kesannya masih ada pada tangan aku.. You are my hero Ayah.. Kini tiada lagi panggilan ayah, kerana ayah dah tiada lagi.. Tapi aku dapat 'Abah'.. heheheh.. Cuma mereka terlalu different.. emmmm...

Seriously aku tak faham kenapa anak-anak zaman sekarang suka melawan cakap ayah diorang.. Mungkin sebab tak merasa kehilangan ayah tersayang dan tempat bergantung kot.. By the way, aku nak bagi nasihat sedikit, hargailah ibu bapa kita yang masih ada.. Kerana bila mereka tiada, kita akan merasakan kehilangan yang amat besar dalam hidup kita.. Apa-apa pun Sayangilah Ibu Bapa Anda...

SELAMAT HARI BAPA 'AYAH DAN ABAH'...

Sunday, June 12, 2011

:: bLOg UpdatE :: hAppY bEfdAy tO mE ::

Assalamualaikum wbt..

Walla.. today is my birthday... Tua sudah... Alhamdulilah diberi peluang untuk bernafas dan menyambut kelahiran yang ke-21... Mama cakap aku dah boleh mendaftar mengundi.. Excitednya.. Tapi macam tak best la angka 21 tu.. Macam dah tua sangat lah... Okay... Now umur 12 Tahun... Wahhhh... Best.. Best.. Hehehe...

Nak dijadikan cerita, kat FACEBOOK memang ramai yang wish... Memang wish diorang buat aku semangat lah.. Tu makna nya still ada yang ingat... Thank kat diorang 4 the wish.. Tapi individu yang disayangi lambat wish, and ada yang lupa.. Touching sangat taw...

FREE CALL... Perghhhh.... Kalau cakap pasal free call, dua-dua nombor aku dapat free call.. So pe lagi, payong cousin aku la call boyfriend dia... Aku dapat free call pun siapa yang nak call.. Tak ada boyfriend.. Memang rugi kan.. hehehe...

Tapi aku rasa birthday tahun ni cam tak best je... Tak dapat masakan khas dari mama.. Pastu kena kerja lak tu... Siyes bertambah bosan...

By The Way... Aku nak cakap Terima Kasih Mama Coz Melahirkan Aku dan Membesarkan Aku... Terima Kasih Sesangat.. 

Wednesday, June 8, 2011

:: bLOg UpdatE :: cUti-cUti mAlAySiA kElAnTaN & tErEnGgAnU ::

Assalamualaikum wbt...

Lama betul aku tak mengupdate blog sampai bersawang aku nya blog ni... hehehe.. Sekarang aku busy wat part time sempena cuti sem 2 bulan ni... And pada 3-5 Jun 2011 aku pun amek cuti coz nak pergi bercuti... Bercuti tak jauh mana pun.. Kelantan and Terengganu je... Aku nak kongsi sedikit cerita sepanjang 3 hari 2 malam aku pergi Cuti-Cuti Malaysia tu... Macam-macam perasaan aku rasa.. Happy, Penat, Sakit hati, Geram and macam-macam lagi..

Masa kat Kelantan... Kat sana kami pergi dua tempat... Rantau Panjang and Kota Bharu... Kalau sebut Zon Bebas Cukai Rantau Panjang mesti korang dah tau kan buat apa... Of course la shopping.. Memang beratus sen habis kat sane.. Beli tikar la, periuk la, toto la and macam-macam la.. Yang aku pelik macam la kat Johor ni tak ada semua tu kan.. Tapi tak kisah lah.. Bukan duit aku yang habis.. hehehe.. And pas menghabiskan bersen-sen duit kat Rantau Panjang kami teruskan perjalanan ke Kota Bharu.. Kat sana kami pergi makan tengahari kat Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan.. Alaaaaa... Restoran yang masuk jalan-jalan cari makan tu la... Sedap jugak makan kat situ.. Ramai gak customer diowg sampai meja semua full...

Perut dah kenyang so pe lagi... Teruskan b'shopping kat Pasar Siti Khadijah.. Tapi kami tersesat sampai ke Kota Bharu Trade Centre (KTTC).. hehehe... Memang best la tersesat coz kat situ ada sale.. Rambang mata seyh.. Tapi agak sedih la sebab lom gaji lak masa tu.. so tengok-tengok je la... hehehe.. and malam tu kami telah menginap kat Hotel Anda.. Tak jauh dari KTTC...

Keesokan nya kami meneruskan perjalanan ke Terengganu.. Kami pi Masjid Kristal and Pasar Payang... Memang penat la kan.. Jalan-jalan and shopping.. heheh.. Sampai sini jela cerita cuti-cuti aku.. Sebab mata pun dah mengantuk..

Santapan Mata sempena Cuti-cuti Malaysia kat Kelantan dan Terengganu..











Tak sempat nak edit lorh.. Thanks read my post..

Saturday, April 30, 2011

:: bLOg UpdatE :: fiRsT hOlidAy aT hOmE sWeEt hOmE ::

Assalamualaikum..wbt...


Aloha... Today first day aku kat Johor.. Memang terasa perubahan cuaca lah.. Aku rasa macam nak demam je ni.. Bila bangun pagi mengigil aku dibuatnya.. Berbeza betul dengan cuaca kat PD.. Sekarang ni pun kat luar tengah hujan.. Memang gigil la kan.. Tekak pun dah perit je ni.. Aku ingatkan tak dapat nak online kat cini sebab tak de 3G.. Rupa-rupanya leh tukar setting ke GPRS/EDGE la.. Malu nya aku sebab baru tau.. So time ni lah baru aku dapat online..


Setelah beberapa hari tak ngadap FACEBOOK and Blog aku ni, so aku pun nak ngadap puas-puas lah..hehehe.. So, untuk malam ni aku nak share sikit cerita first holiday aku kat kampung aku Felda Sungai Sayong, Kulai Johor..


Semalam aku balik dari PD tumpang la kawan aku... Anak Ketua Kampung Sg. Sibol taw.. Memang aku bangga la sikit bila pergi berhenti makan dengan dia kat Taman Anggerik semalam.. Sebab semua kenal dia.. Hehehe.. Aku sampai kat rumah dalam pukul 10.. And sampai-sampai je rumah, makcik-makcik and sepupu aku terus ajak aku bergosip... ishk..ishk..dosa..dosa..hahaha.. Aku pun pe lagi.. Join je la..hehehe.. Mana leh tak join, rase macam ketinggalan pula kan.. hehehe... So dengan tak mandi, aku pun join la bergosip sampai kul 12 lebih.. Memang padat la kan story malam tu... layaaannnn....


Esoknya bila bangun memang liat la kan.. Sampai sepupu and anak2 buah aku memekak je kat tempat aku tidur pun aku tak bangun-bangun... tabiat buruk aku,liat nak bangun... Nak dijadikan cerita, bila dah bangun lambat tu, confirm2 tak dapat breakfast la kan.. Terpaksa la makan maggi... sob sob... Sampai hati diorang tak tinggalkan aku breakfast..hehe... Belum kenyang tu hilang, makcik aku dah masak Laksa Penang.. Memang bestla kan.. Melantak lagi la.. hehehe... 


And benda yang mengharukan aku, aku and Nabilah Fasihah tolong mandikan Mak (Nenek) aku.. Mak tengah sakit, so kitorang sebagai cucu pun tolong lah mandikan... Buat aku terfikir seketika, macam mana lah keadaan aku bila dah tua nanti... Memang best la kan.. Aku dengan sepupu aku tolong gunting rambut mak aku.. Rambut dia memang cantik.. Asli and tak macam dak2 yang kaler rambut tu and perm... hehehe.. 


Bila hari belum betul-betul petang, aku pulak dengan rajin+malas nya buat la cengkodok pisang.. Pe lagi, melantak la lagi... Then makan nasi minyak pula sebab makcik aku baru balik dari jemputan.. Perghhh... makan and makan lagi.. hehehe... Perut aku ni memang rasa nak meletup je ni sebab terlalu kenyang la plak.. heheh.. Petang tadi gak, sepupu aku buat Donut Chocolate and Pau Sambal... makan lagi.. Memang aku risau je time cuti ni berat aku naik lagi.. ishkkk... Harap janganlah... Kena diet lagi la..hehehe... 


Tapi nasib baik tadi waktu Maghrib aku dengan Seha pergi daki bukit rumah atok aku.. Perggghhh.. Hanya mereka yang tertentu sahaja lah yang tau reason kenapa aku keluar maghrib2 tadi.. Sambil buat muka senyum and marah letak dalam hati.... Gelak-gelak aku and sepupu aku kena keluar maghrib-maghrib.. Dalam hati marah tahap gaban seyh.. Dengan siapa, rahsiaaaa..... By the way, aku harap cuti aku untuk sem ni, menggembirakan and memuaskan hati..hehehe...


Nota Cik By : Happy Holiday kawan-kawan... See you next Sem...

Wednesday, April 27, 2011

:: bLOg UpdatE :: cUti oh cUti ::

Assalamualaikum..wbt..

Sambil aku melayan cite Marimar kat TV3 ni, aku pun merajinkan diri study... Study apa?? Study Facebook.. hehehe... Aku ingat nak study.. Tapi tak tau kenapa tak ada mood.. So, aku pun update lah blog aku ni.. Sebenarnya aku ni pun tengah menghitung hari ni... Menghitung hari untuk menjadi tunangan orang... hehehe... NOPE lah.... Aku tengah menghitung hari nak cuti la.. Tinggal lagi satu paper je ni... Paper Percukaian Malaysia... Study pun tak lagi sebab jiwa aku macam dah sampai kat rumah je ni..

Hari ni dak rumah aku semua dah habis paper.. Tinggal aku seorang je tak habis lagi.. Ni pun aku baru je pas hantar member aku Emma Sofea Sehak balik.. (hantar sampai depan rumah je..hehe..) Tapi sedih lah sebab kak Emma bawak kucing kat rumah kami balik Cherating.. Mengeletek aku tengok kacak (kucing) masuk keta tadi.. First time kot dia naik keta, nak jalan jauh pula tu.. Macam ne la agaknye kan keadaan dia... Papehal aku doakan semoga semua selamat sampai ke rumah.. And lagi 5 orang dak rumah aku balik esok.. And tinggal lah aku seorang sampai hari jumaat..

Nak dijadikan cerita, aku lah orang last yang balik.. Tu pun aku balik hari jumaat la.. Esok aku kena lah duduk kat rumah ni sorang-sorang.. Excited gila la nak balik.. Tak sabar je rasa ni... Ikutkan macam nak balik hari ni je.. Tapi ada paper lagi la.. So kene bersabar.. Setiap kali nak cuti, mesti la kene buat perancangan kan.. Antara benda-benda yang aku nak buat :

1. Nak cari kerja Part Time.. Sebab tak tau nak habiskan masa macam ne..


2. Pergi tengok wayang kat City Square cerita KONGSI, Kung Fu Panda 2..



3. Makan Chicken Chop dengan Dol kat BBU..


4. Pergi Jalan-jalan sekitar JB and amek gambar dengan sepupu2 aku...

Rumah Limas Danga Bay
5. Nak tidur puas-puas..
6. Nak apa lagi ek... tak tau la..hehehe..

Tapi memang cuti la yang aku tunggu-tunggukan.. Dah 2 bulan tak balik rumah.. Jadi musafir kat Pee Dee ni..hehehe.. Memang rindu kat PD ni la nanti sebab 2 bulan tak balik.. Sem depan maybe akan jadi lagi bosan sebab ramai kawan-kawan aku dah habis belajar.. So dah tak ada la kawan kaki lepak kat sini.. Kena lah cari kawan baru lagi.. Pape pon aku nak doakan tok kawan-kawan aku sem akhir hope diorang tak ada lah sangkut pape paper... Naye nak kene buat short sem lak t.. Ok la.. Sampai sini je la cite aku tok hari ni.. Nak siap-siap pergi pasar malam untuk kali terakhir tuk sem ni...daaaaa...

:: bLOg UpdatE :: hApPy, tErHaRu, sAkiT hAti, gErAm ::

Assalamualaikum..wbt...

Hehehe.. Tersenyum-senyum aku mengupdate blog malam ni... Senyum sampai ke telinga pulak tu..(sambil-sambil menarik telinga nak sentuh kan kat pipi..).. Aku dapat merasakan seperti mendapat semangat yang barulah.. Tu yang buat aku semangat je ni.. Seriously aku akan bertmabah happy kalau budak-budak ni ajak aku pergi icity esok, Tapi diorang cakap aku ade paper khamis ni.. Jadi kesian nak ajak aku.. Tapi aku nak pergi sangat la... Bukan sebab icity.. Tapi sebab ........................

Now aku nak continue story aku pasal happy, terharu, sakit hati and geram tu..

Happy story:
Semalam aku ada mesej dengan Cik Fiz, and aku dapat respon positif.. Tu yang buat aku happy tu.. Sampai nak pergi jawab Final Akaun tadi pun aku bersemangat je.. Memang buat aku tersenyum je sampai sekarang.. Walaupun aku tau dia belum terbuka hati nak couple dengan aku atau sesiapa, tapi dia mengaku aku special dalam hidup dia.. wahhh... Memang buat aku terharu and appreciate sangat lah... SAYANG AWK LAH NORHAFIZAN...

Terharu story:
Hari tu aku ada update blog and cakap pasal pendengar yang baik kan.. Aku pun tag la kawan aku Cik Siti Azwaniza dalam share link kat Facebook aku tu.. And dia pun comment...


Seriously dia memang dah buat aku terharu walaupun kadang-kadang aku menyakitkan hati dia... Walaupun aku ni jarang hang out dengan dia, tapi dia lah teman rapat aku kat dalam kelas.. Memang sayang dia sangat-sangat..

Sakit Hati Story:
Hari ini aku ada final paper akaun.. Aku tak sakit hati sebab soalan tu susah.. Tapi aku sakit hati bila aku dah kuar dari dewan exam tu baru aku dapat fikir jawapan nya.. Adoi bukan rezeki aku kot soalan tu... Tak apa lah,bukan aku je tak dapat jawapan yang tepat, budak-budak ni pun sama.. Dah kuar dewan baru dapat formula.. Apalah punye nasib... hehehe...

Geram Story:
Sebenarnya aku tak nak story pun pasal ni.. Tapi aku tak tau macam mana nak lepas geram ni.. Adalah seorang manusia ni dulu memang aku anggap kawan la kan,tapi sekarang jadi musuh dalam selimut dia la.. Takkan selimut aku pulak kan.. Hahaha.. Secara profesional, aku memang tak nak mengaibkan dia.. Tapi bila dia nak story kat semua orang, aku memang tak leh nak diam la... Benda ni semua ada kaitan dengan blog post aku beberapa hari yang lepas.. Pasal kena tipu tu... Aku minta tolong la seorang hamba Allah ni hantar aku pergi masuk poly, tapi dia cakap tak ada kereta.. Pastu aku cakap lah tak apa lah, aku minta tolong orang lain.. Tapi dia yang nak tolong gak.. So aku cakap lah kalau boleh sebelum pukul 3 taw... And dia kata ok.. Pastu aku pun tengah serabot dia mesej cakap lagi 5Minit sampai.. Then aku cakap lah tak jadi and dia reply mesej aku.. Tak lama pelastu dia sampai.. Nak marah aku tak boleh la kan.. Sebab aku dah cakap tak jadi... Memang aku minta maaf la coz nyusahkan dia.. Tapi perlu ke dia post kat wall dia macam ni :


Memang kalau korang jadi aku pun korang terasa kot kalau dia tulis status macam ni.. And aku pulak dengar dari mulut kawan-kawan aku dia cerita pasal tu.. Memang angin la kan... Memang aku nak cakap kat dia la, AKU MINTA MAAF coz nyusahkan kau.. Memang pas ni aku tak minta tolong kau la.. Coz kawan kau sendiri dah pesan macamtu.. And kalau boleh sebelum nak kata orang tu, dengar penjelasan dari orang tu dulu ok....

Nota Cik By: Semua orang ada perasaan happy, sedih, marah, and macam-macam lagi.. Macam tu gak aku.. Sebab kita semua hanya Manusia Biasa... So, fikir-fikir kan lah sebelum kita bertindak.. Sama ada akan buat orang marah, sedih, gembira atau terasa... Sekian...

Monday, April 25, 2011

:: bLOg UpdatE :: LuAhAn dAri hAti lElAki kE cUpInG tElinGa pErEmPuAn ::


Assalamualaikum..wbt...

SALAM 1 DUNIA.. Amacam gempak tak.. hehehe.. Sambil aku layan Chipsmore pagi-pagi yang sejuk ni dan di inspirasi kan dengan lagu Aishiteru dan ingatan aku pada Cik Fiz aku pun merajinkan diri untuk meng'update blog aku ni.. Ni pun aku baru lepas study akaun ni.. So sementara mata tak mengantuk lagi, aku pun nak share la sikit cerita aku pasal kawan-kawan sekeliling aku.. Aku tak reti nak bagi nasihat kat orang lelaki ni.. Jadi aku beri pendapat sebagai seorang perempuan.. Hari ni silap taip lak... Malam tadi aku ada lepak dengan 2 orang kawan lelaki yang aku agak rapat juga la.. And masing-masing ada masalah.. Seorang dengan masalah dengan couple and seorang lagi dengan masalah hidup.. So aku dengan baik hati nya nak jadi lah pendengar dan pemberi pendapat yang baik..

Tapi tak sangka susah juga nak jadi pendengar yang baik kan.. Aku hanya mampu mendengar.. Dan berfikir apa yang diorang cerita.. And aku nak say Terima kasih kat Siti Azwaniza sebab sudi jadi pendengar masalah hati aku yang baik.. Tengok tu.. Aku pun ada tempat nak share masalah.. Tapi tak semua masalah.. Melainkan kalau masalah tu Cik Niza kenal orang yang memberi masalah tu baru saya story kat dia.. Kesian lak dia kalau nak kene dengar masalah semua orang kan.. hehehe

Sambung cerita pasal kawan aku tu, memang tension la kan time exam ade masalah dengan couple.. Cukuplah aku merasa frust teramat sangat masa semester tiga.. Tak boleh nak fokus kot masa tu.. Serik.. Serik.. Alhamdulilah sem ni aku frust masa awal-awal sem.. hehehe.. Mengong je kan.. Serius aku serba kesian kat kawan aku tu.. Walaupun aku tak tau ape punca nya, tapi aku merasa kesannya sebab dia tak balas mesej aku, chat aku pun tak reply and aku komen pon tak ada bagi respon.. Memang nak makan pelempang la kan.. Serius aku pantang orang bad mood dengan aku.. Papehal aku sebagai kawan doakan dia dengan GIRLFRIEND dia baik semula.. Sayang kot hubungan 3 tahun tu.. To my friend tu, Be a strong guy.. Perempuan bukan ada seorang aja.. Teringat pula nasihat Cik Fiz kat aku.. Memang berguna ayat tu la.. hehehe  <3 <3 <3

Bagi kawan aku yang seorang lagi ni pulak.. Masalah hidup yang dia hadapi adalah MACAM MANA NAK JADI BAIK.. adooiii... Tercengang juga aku bila dia cakap macam tu.. Sebab aku tak reti nak ubah orang jadi baik ni.. Sebab aku pun bukan baik mana sangat.. Tapi ape yang aku mampu cakap, kalau betul dia nak jadi baik.. Mulakan dari hati.. Dia kenalah ikhlas nak jadi baik.. Bukan terpaksa or dipaksa..  InsyaAllah kalau dia betul-betul ikhlas Allah akan permudahkan apa yang dia nak buat.. Seriusly bila dia cakap macam tu aku pun rasa aku nak jadi BUDAK BAIK.. Tersedarlah aku dari mimpi.. hehehe... 

Kawan time senang 999 orang dari 1000.. Tapi kawan time susah 1 dalam 1000 orang, and kadang-kadang orang yang kita benci tulah yang akan menjadi pendengar kita.. 

Nota Cik by : Tapi Cik Niza saya tak benci taw.. Saya sayang dia sangat-sangat.. hehe.. and to kawan aku yang terasa tu aku minta maaf sesangat.. Bukan niat nak memerli.. Tapi aku hanya nak memberi pendapat..

FIN..

Sunday, April 24, 2011

:: bLOg UpdatE :: aiSHitErU ::

Assalamualaikum..wbt...

Mesti tertanya-tanyakan kenapa 'AISHITERU'.. and lagu yang aku pakai ni pun tajuk Aishiteru dari Zhifilia or Zivilia.. Aku pun tak sure ejaan sebenarnya.. Aku dengar lagu ni pon kat blog Suki.. And aku JATUH CINTA lak dengan lagu ini.. Sebelum ni aku pakai lagu Rossa as background blog aku.. Tapi macam tak best pula.. Sebab orang yang aku tunggu ni bukan la 'BOYFRIEND' orang.. Mesti korang nak tau apa maksud Aishiteru kan.. Aishiteru ni dalam Bahasa Jepun.. And dalam Bahasa Melayu bermaksud MENUNGGU.. Lebih kurang je kan dengan lagu ROSSA-KU MENUNGGU.. Tapi aku rasa lagu Rossa tu  macam terhegeh-hegeh pula.. Macam tak ada lelaki lain je kan nak tunggu.. So aku pakai lagu Aishiteru ni sebab dah sure-sure dia BUKAN MILIK sesiapa.. Tak best la nak main rampas-rampas boyfriend orang ni..

By the way lagu ni buat perasaan SAYANG aku kat dia membuak-buak walaupun aku tak sure dia merasakan benda yang sama atau tidak.. Dia pilih untuk hidup 'SINGLE' buat masa ini.. Sebab tu aku pun memilih untuk 'Menunggu' dia.. Bukan senang aku nak buat macam ni.. Kira macam ABNORMAL la... Hari demi hari menunggu, tapi hari ni aku rasa RINDU gila la kat dia... Walaupun kadang-kadang dia buat aku MENANGIS sebab dia buat endah tak endah tapi aku kuatkan hati aku and tak nak mengalah.. Aku tak tau ape SPECIAL nya dia tu sampai boleh buat aku menunggu dia..

Tapi since kenal dia, baru aku faham ERTI HIDUP.. Aku mula ubah diri aku yang tak ceria ni tok jadi CERIA.. (sampai terlebih ceria macam Astro Ceria..haha).. Dia pernah suruh aku ubah penampilan.. Aku pun cuba.. Mesti korang cakap buat apa nak jadi orang lain.. BE MYSELF la je kan.. Tapi kalau jadi diri sendiri tapi korang tak happy tak best juga kan.. So, aku pun ubah lah diri ni.. Tapi bila aku fikir-fikir kan balik, aku macam TAK LAYAK untuk dia.. Tak sesuai.. Dia orang KL, Aku orang JB... Tapi aku dapat rasakan macam ada INSTINCT antara kitorang.. Bila aku buat sesuatu tak betul mesti dia dapat taw.. KEBETULAN atau ada CCTV kat rumah aku ni.. hahaha...

Dulu masa baru-baru kenal dia, dia selalu bagi NASIHAT kat aku.. Memang nasihat dia mula-mula aku tak leh TERIMA (siapa suka nak ditegur kesalahan) tapi lama-lama aku dapat rasakan nasihat dia memang BERGUNA.. Dia cuba untuk buat aku GEMBIRA.. Sampai aku rasakan aku nak dia sentiasa ada kat sisi aku.. Tapi jarak dan keadaan membuatkan aku rasa JAUH dari dia.. Mungkin dia tak cintakan aku.. Tapi aku nak dia tau yang aku CINTAKAN dia... Aishiteru NorHafizan Yaacob...

Note: Ikhlas dari hati... Tetiba rasa macam nak meluahkan pula..
Pembetulan : Aishiteru bermaksud Saya Cintakan Awak atau I Love You...

:: bLOg UpdatE :: zAmAn kEkAnAkAn ::

Assalamualaikum..wbt..

Selamat pagi semua.. 
Still ade yang belum bangun ke??
Aku??
Belum tidur lagi.. Jap lagi tidurlah..
Hehehe..

Tetiba hari ini aku baik hati nak tunjuk pic aku masa kecik-kecik lak..
Hehehe..
So,
Layan la blog aku pagi ni dengan pic aku masa zaman kekanakan..
Hehehe..

Gambar lama memang macam ni..

Akulah budak yang suka buat rumah bersepah..
Dengan Akak aku.. Nurul Hidayah..
Agak sexy sikit..Muka bangun tidur..hehe
Dak pemalu amek gambar..
 Ini jelah yang dapat aku share..
Nak share banyak-banyak korang datang la rumah aku ye..
Tengok sendiri kat dalam Album aku..

FIN..

Click LIKE if you like.. thanks...

Saturday, April 23, 2011

:: bLOg UpdatE ::dOyAn oH dOyAn::

Assalamualaikum..wbt...

Dah dinner belum?? As usual sekarang aku semakin RAJIN meng'update blog aku..
Mungkin sebab minggu ni je aku dapat tengok blog aku puas-puas..
Nanti dah balik JOHOR memang tak sempat la nak bukak blog aku ni..

Story aku malam ni pasal DURIAN.. Kenapa aku nak cakap pasal durian sebab tadi aku baru pas melantak durian dengan TOK DOL and TOK SURIP kat Wellness Zone Teluk Kemang.. (Terlepas gak rasa mengidam nak mam durian ni..) Sesuka hati kitorang je kan nak makan kat situ.. hehehe.. Ala, nama pon berkelah kan.. Tak kisah lah makan apa kan.. hahaha.. Memang puaslah dapat makan doyan (durian) tu tadi.. Beli 4 Biji RM10.. Isi lak elok-elok lak tu.. Memang sedap la kan.. Lemak Berkrim Disukai Kami.. Tapi tadi larat makan 3 biji je.. Lagi sebiji aku bagi budak rumah aku.. Memang macam nampak hantu je kengkawan aku masa aku tunjuk durian.. Mana tak nya, durian tengah mahal.. Ade sebiji tu harganya sekilo RM14, tp sebab dah merekah diowg jual la longgok..

* Raja Buah bukan Raja Durian..
Ni lah salah satu durian yang kitorang makan tadi.. And yang dah buka tu la yang sekilo RM14 tu.. Memang isinya sedap gila la.. Makan sebiji pun rase puas ni kan makan 3 biji.. Memang buat aku rasa nak muntah lah kan..

Cerita Pasal durian:

Mama aku pernah cerita kat aku KENAPA aku suka sangat makan durian.. Mama aku cakap masa aku dilahirkan,masa tu tengah MUSIM durian.. Belakang rumah atok aku pulak masa tu ada banyak juga la pokok durian ( termasuk pokok durian rumah orang )... And mama aku pula berpantang kat kampung aku Felda Sungai Sayong.. And masa dalam pantang tu, durian kat umah atok aku tu memang dah musim gugurlah.. Nak dijadikan cerita mama aku TERLIUR juga lah dengan bau durian tu.. So, mama aku pun makan la sikit.. nak ditambahkan menjadi cerita yang sebenar-benarnya mama and atok kesian tengok kat aku, so diowang JAMAHKAN lah aku durian.. Aku still dalam hari pulak tu.. Memang layan la kan.. Patut lah aku jadi hantu durian..

Tapi banyak-banyak buah-buahan durian la buah yang paling aku minat la.. Sebab ada musim kan.. Jadi bila musim nya memang excited la kan..hehehe..

FIN...
pOst by Nenek...

Latest Update From Suka-Suki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers