Pages

Welcome To Blog Inspirasi Suka-Suki Kehidupanku..Kenali Duniaku Hidupku..Nothing Interesting,But its Special to me..
Powered By Blogger

what are you searching??

Friday, July 22, 2011

:: bLOg UpdatE :: kEhiLaNgAn kAwAn tErSaYanG ::

Assalamualaikum...wbt..

Hari ni aku memang tak ada feel langsung nak update blog.. Aku rasa tak bersemangat bila dapat tau sahabat kami telah pergi untuk selama-lamanya pada pukul 12.10am bersamaan 22 Julai 2011  / 20 Syaaban 1432 .. Pemergian beliau amat tak di sangka-sangka.. Arwah dah menunjukkan tanda-tanda yang dia akan pergi buat selamanya.. Tapi kami semua tak perasan tu semua...


Betul cakap arwah tu.. ''Aku redha dan pasrah..mungkin ade hikmah di sebaliknya''.. Mungkin ada hikmahnya pemergian beliau... ''Terasa lambat plak minggu ni''.. Adakah dia merasakan tidak sabar untuk untuk pulang ke rahmatullah... Jadi sebagai manusia yang akan pergi juga satu hari nanti, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Nur Ayuni Binti Mohamad Akbar... Semoga rohnya di tempatkan di sisi hamba-hamba Allah yang beriman....

AMIN....


Thursday, July 14, 2011

:: bLOg UpdatE :: PeLeNgKaP hiDuPkU ::

Assalamualaikum..wbt..

Alhamdulilah Allah still beri aku peluang untuk bernafas..
 Aku juga diberi peluang untuk berubah.. 
So, aku pun gunakan dengan sebaiknya peluang tu.. 

So malam ni sebelum aku nak mula study Financial Accounting 3,
aku ingat nak share sikit la pasal minat aku yang baru ni..
hehehe...

Siapa pernah baca pasal blog post aku pasal Aishiteru tu???
Korang yang pernah baca mesti tau apa maksud Aishiteru tu kan...
Kalau sesiapa yang tak tahu atau tak ingat,
aku refresh balik la ye..

Aishiteru...
Aishiteru ni lagu daripada band indonesia.. Zivilia..
Zivilia Band - Aishiteru
Ni lah band yang buat aku fanatik gila dengar lagu Aishiteru tu..
And lagu yang tengah berkumandang ni lah lagu Aishiteru..
Best kan..
Bila aku dengar lagu ni siyesly remind me to someone..
Who??? hehehe..
Dia lah yang buat aku jatuh cinta kat dia dari dulu sampai sekarang walaupun
kami tak pernah jumpa atau ada pape hubungan istimewa..
So, bila aku dengar lagu ni tak kisahlah time happy ke, sedih ke, atau pape sahaja 
situasi aku mesti teringat kat dia je..
Itu lah aishiteru aku..

Ok.. Back to blog title... Pelengkap Hidupku...
Ni pun salah satu lagu baru yang buat aku minat..
Tapi lagu ni tempat kedua dalam hati aku coz Aishiteru still number one dalam hati ni...
Lagu ni dinyanyikan oleh Eren dan Romi..
Setahu aku Eren tu daripada Kumpulan Kangen Band..
Alaaaaa.. yang ada suara perempuan tu..
Yang bestnya Eren ni...
Walaupun dia ni menyanyi dengan band lelaki,
Dia still pakai tudung.. Terbaik lah...

Eren - Pelengkap Hidupku..
Cantik gak si Eren ni kan...
hehehehe...
Ok,Kalau korang tak pernah dengar lagi lagu Pelengkap Hidupku,
Korang boleh lah search kat Youtube tak pun cari kat 4Shared ye...

Lagu pelengkap hidupku ini ditujukan oleh seorang kawan aku yang bernama *...
* Rahsia.. Mana boleh tau.. huhuh
Dia kata kalau aku rindu atau ingat kat dia aku boleh dengar lagu ni..
First time aku dengar lagu ni pun masa kawan aku bagi link..
So aku bukak lah blog ni..
Lau tak silap aku, owner blog ni nama dia Nurul..( Boleh klik kat nama tu)
Kebetulan plak nama same lak ngan nama aku kan..
Kawan aku cakap dia minat dengar lagu tu..
So dia suruh aku cari..
Memang penat aku cari..
Aku tanya kat blog Nurul tu and kat fan page dia.. 
But no respon.. Hampeh..
And lastly aku try search lirik lagu tu kat google..
And akhirnya aku jumpa juga..
PELENGKAP HIDUPKU..

Akhirnya lengkap juga pencarian tajuk tu oleh aku..
And now aku dedicated lagu tu untuk kawan aku..hehehe..
Hari-hari aku akan sent lirik kat dia..
Tak kira lah by mesej, chat or whatever..

Okay, sampai sini jelah aku nak share minat pasal lagu tu..
Ni aku ade lirik nya kalau korang nak tau..

* PELENGKAP HIDUPKU *
Eren Ft Romi..

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia

Sunday, July 10, 2011

:: bLOg UpdatE :: hUbUnGaN yAnG mEmBaWa keGaGaLaN!!!!!! ::

Assalamualaikum..wbt..


Cinta Itu Buta.. 
Pasti ramai yang pernah mendengar pepatah ini.. 
Namun hakikatnya sebenarnya cinta tidak buta.. 
Tetapi orang yang bercinta yang membutakan matanya sendiri.. 
Adakalanya perkara yang sudah terang lagi disuluh tetapi masih sengaja menafikan serta memejamkan mata demi menjaga sebuah cinta yang sudah pasti 
Tiada Pengakhirannya......

Antara hubungan yang membawa kegagalan:

1. HUBUNGAN YANG DIMULAKAN DARI BERTEPUK SEBELAH TANGAN....

2. Hubungan yang dimulakan kerana FANTASI...

3. HUBUNGAN yang bermula atas dasar MEMBERONTAK TERHADAP ORANG TUA..

4. Hubungan YANG DIMULAKAN dalam keadaan EMOSI yang TERLUKA akibat PATAH HATI..

5. HUBUNGAH YANG TIMBUL dari rasa KEKAGUMAN BERLEBIHAN..

6. hubungan yang bermula dari CINTA TIGA SEGI..


P/S : ''Men are like SHOES. Some make you feel TALLER, Some make you feel so SMALL.......'


Saturday, July 9, 2011

:: bLOg UpdatE :: aWeSoMe..cUtE rObOt dAnCe ::

Assalamualaikum..wbt...

Tadi aku godeh-godeh kejap facebook, so aku refresh fb aku and tengok ada org add aku..
So aku pun approve la..
And aku bukak la wall dia..
And terjumpa video ni...
 Siyesly wat aku tertarik..
So pe lagi, watch this....


Amacam... comel tak???

P/S : untuk sound yang lebih baik, sila pause music dumper..thank for watching..

:: bLOg UpdatE :: 10 pErBeZaAN kAu dAn AkU ::

Hello... Opssss.... Assalamualaikum..wbt..

Tengok title pun dah boleh taw kan..
Kalau sebut LELAKI dan PEREMPUAN kita dah boleh berfikir apa PERBEZAAN dua makhluk ini.. 
Bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga pemikiran mereka. 
Hal inilah yang membuatkan lelaki dan wanita saling melengkapi. 
Namun, sebelum mereka saling melengkapi, mari kita selidik apakah yang membuatkan kita begitu berbeza..

LELAKI
gambar hiasan
 WANITA 

1 NAMA

Wanita : Jika Sofia, Anisah, Aisyah, dan Fazlina keluar makan, mereka tetap akan memanggil Sofia, Anis, Aisyah dan Faz di antara sesama mereka.
Lelaki : Jika Asyraff, Faiz, Syazwan dan Izwan keluar makan, mereka akan memanggil gelaran mereka seperti Babat, Tupai, Barai dan Panjang diantara mereka..

2 DUIT

Wanita sanggup mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli dalam kuantiti yang banyak walaupun dengan harga murah, asalkan mereka dapat bergaya.
Lelaki sanggup mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli sehelai seluar jeans Levi's yang berharga beratus-ratus ringgit.

3 BILIK AIR

Wanita secara purata mempunyai hampir 328 barang di dalam bilik air mereka.
Lelaki pula hanya mempunyai 5 barang sahaja di dalam bilik air mereka iaitu berus gigi, pencukur, krim pencukur, sabun buku dan juga tuala. Dan secara puratanya juga, lelaki hampir tidak mengetahui apakah barang tersebut dan tujuannya.

4 PERTENGKARAN

Wanita sering ada sahaja kata-kata akhir selepas sesuatu pertengkaran berlaku. Ala-ala kesimpualan kepada pertengkaran itu la..
Lelaki pula, sering menambah-nambah pada kata-kata akhir wanita itu dan apa yang tidak disangka, ia akan menjadi permulaan kepada pertengkaran yang baru.

5 KUCING

Wanita cukup suka dan sayangkan haiwan kesayangan Rasulullah ini..
Lelaki??? Mereka akan cakap mereka sayangkan kucing dan jika wanita tidak memandang, mereka akan menyepak kucing itu..

6 MASA HADAPAN

Seorang wanita amat risaukan masa depannya sehinggalah mereka dapat seorang suami.
Seorang lelaki tidak pernah merisaukan masa depannya sehinggalah mereka mendapat seorang isteri.

7 KEJAYAAN

Seorang lelaki yang berjaya dapat membuat duit dengan jayanya untuk dibelanjakan oleh isterinya.
Seorang wanita dikatakan berjaya apabila mendapat lelaki seperti diatas itu!!

8 PERKAHWINAN

Seorang wanita berkahwin dengan lelaki dan mengharapkan lelaki itu boleh BERUBAH, tetapi malangnya si dia tidak akan berubah.
Seorang lelaki berkahwin dengan wanita dan mengharapkan wanita itu TIDAK berubah tetapi malangnya si dia akan berubah.

9 BERGAYA

Seorang wanita akan bergaya apabila mereka keluar shopping, membuang sampah di luar, menyiram bunga di halaman, mengambil surat di peti surat serta ketika menonton tv.
Seorang lelaki akan bergaya hanya ketika pergi ke ofis dan majlis perkahwinan.

10 SIFAT SEMULAJADI

Seorang lelaki apabila bangun pagi, rupa mereka semua sama seperti waktu petang dan juga waktu sebelum tidur. Gaya mereka memang tidak terurus dan begitu jugalah sekiranya mereka berkahwin.
Wanita pula, cantik rupanya apabila keluar di waktu pagi, petang dan malam. TAPI apabila mereka bangun dari tidur?? Huhhhh!!! Menakutkan..
Sumber  Majalah Remaja Edisi Dis 2010

Suka-Suki said : Tak semua lelaki macam tu dan tak semua wanita macam tu..

____________________________________________________________________________

TERIMA KASIH DAUN KELADI,
KALAU RAJIN, NANTI AKU UPDATE LAGI..

____________________________________________________________________________

:: bLOg UpdatE :: pAkAiAn sEkSi kE kElAs? oPss,TaK pErLuLaH..! ::

Gambar Hiasan
Assalamualaikum..wbt..

Lama betul aku tak update blog ni... So, bila dah rasa bosan tahap gaban ni aku pun merajinkan diri membaca majalah yang edisi beberapa bulan yang lepas.. And aku ada terbaca satu artikel ni.. Memang sesuai la topik ni sebab ada IPT pun dah naik cuti sem..

PENAMPILAN MENCERMINKAN DIRI 
WALAUPUN UNTUK KE KELAS, 
ADAKAH PELAJAR ITU PERLU BERPAKAIAN 
SEOLAH-OLAH MAHU KE KELAB MALAM? 
SEDIKIT TIPS PAKAIAN YANG HARUS DIPAKAI UNTUK 
KE KELAS. 
NANTI SEMUA MATA MEMANDANG, SIAPA YANG MALU? 
KAMU DAN KAMU JUGA...HEHEHE


Baju Nipis Menembusi Pandangan
Oh, pasti ada yang gemar memakai baju nipis ke kelas. Ditambah pula dengan pakaian dalam yang berwarna terang ! Nak tunjuk pada siapa sebenarnya? Cubalah jangan berpakaian sebegini. Jangan sampai orang silap tengok kamu sebagai perempuan murahan ya !

Strappy Heels Bertali Tinggi
Hah, kamu ni nak ke kelas ke nak ke majlis makan malam? Ada juga yang berani memakai strappy heels bertali tinggi ini dengan skirt yang terlalu pendek. Sudah pasti kamu akan menjadi perhatian. Pakailah kasut yang sesuai dan simpan strappy heels kamu yang cantik itu untuk acara lain ok.

Baju Berbelah Di Dada
Kamu berharap akan ada aura seksi jika berpakaian begini? Mungkin sebelum melangkah dari bilikmu, fikirkan ke mana arah tujuanmu. Jika kamu ingin menuju ke kelas, lebih baik kamu tukar baju tersebut erlebih dahulu! Tak perlu nak menunjuk dadamu apabila ke kelas. Sila-silap, bila kamu tertunduk-tunduk di kelas ada pula lelaki lain yang ambil peluang menyaksikan 'Pertunjukan Percuma'. Tak malu ke?

T-shirt Tanpa Kolar
Pasti ramai yang berpakaian begini ketika ke kelas, khususnya golongan lelaki. Bagi mereka, penampilan ringkas adalah pilihan yang paling tepat. Tapi kamu akan kelihatan sangat selekeh dan tidak mencerminkan keperibadianmu yang positif sebagai seorang pelajar. Lainlah kalau kamu ada projek ataupun tugasan yang melibatkan kerja-kerja luar. Apa-apa pun, cubalah berpakaian dengan lebih menunjukkan kredibiliti diri kamu ya!

Sumber : Majalah Remaja Edisi 15 Feb 2011


P/S : Sebenarnya ada banyak lagi, tapi aku malas nak taip lak.. Ini just untuk ingatan.. Aku pun kadang-kadang terpakai baju nipis gak pergi kelas.. So... Thank sebab baca...hehe

Latest Update From Suka-Suki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers