Pages

Welcome To Blog Inspirasi Suka-Suki Kehidupanku..Kenali Duniaku Hidupku..Nothing Interesting,But its Special to me..
Powered By Blogger

what are you searching??

Saturday, January 28, 2012

:: bLOg UpdAtE :: kAwAn dAn SoSiAL

Assalamualaikum..wbt..

Selamat petang semua.. Mesti korang tertanya-tanya kan pasal tajuk yang aku nak bentangkan ni.. (chett...ayat practise tok presentation isnin ni..).. Ni cerita yang aku dengar sendiri daripada mulut orang yang ada di pesekitaran aku ni.. Bila dengar cerita dia, aku jadi kesian dengan dia..

# Story:1 #
Bila cinta di larang Ibubapa...

Kadang-kadang ibubapa halang cinta kita tu bersebab,untuk kebaikan diri sendiri gak.. Tapi budak ramaja sekarang anggap itu sebagai halangan untuk memenuhi nafsu cinta masing-masing.. Bila ibubapa dah halang, mula la memberontak and buat something yang akan memalukan diri sendiri dan keluarga.. Salah satu cerita yang aku pernah dengar, si boy ni bercinta dengan si gurl ni.. Tapi family si gurl ni halang cinta mereka.. Tapi si boy dan si gurl ni degil.. And mereka telah melakukan sesuatu yang melampaui batas dan si gurl ni pon pregnant.. So terpaksa la parent si gurl ni kahwinkan anak dia dengan si boy ni.. Tapi tak lama selepas itu, si boy dan si gurl ni bercerai.. Sebab ibubapa si gurl ni dah cucuk2 suruh cerai..

# Story:2 #
Bila diri rasa tertekan..

Hasil daripada perceraian itu, si boy ni pon memulakan hidup sebagai seorang bujang la.. Kalau hidup dah terlebih sosial, halal haram pon tak dapat nak bezakan.. Hidup yang bertemankan keseronokan dunia tanpa memikirkan kehidupan akhirat amat menakutkan.. Si boy ni pon mula kerap ke club.. Cakap je la club ape, area kl, seremban or melaka.. Semua pernah dia jejak agaknya.. Kalau setakat pergi tu boleh di consider sebagai nak hilangkan kebosanan di rumah.. Tapi bila arak menjadi minuman utama di tempat camtu, aku jadi kesian dengan si boy ni.. Kenapa sampai camtu sekali.. Tak kesian dengan diri sendiri.. Tapi bila ditegur, dia cakap lebih baik minum daripada hisap dadah.. Emmmm... Susah nak tegur orang camtu.. Bila syaitan dah jadi sahabat sejati..

* As a friend, aku rasa simpati sangat bila dia tersesat sejauh itu.. Aku teringin nak tolong dia, tapi aku pun tak dapat nak tolong diri sendiri camne nak tolong dia.. *

SEKIAN.....


Sunday, January 15, 2012

:: bLOg UpdAtE :: sAyA ciK aGeNsi cAri cALoN gF/bF ::

Assalamualaikum..wbt..

Bila baca tajuk ni mesti ingat saya ni memang agensi cari jodoh kan.. So pasni boleh la sesape yang tak ada girlfriend or boyfriend tu tanya saya ye.. Mana la taw saya leh carikan calon ke.. Hahaha.. Gurau je la.. Mane ada agensi cari jodoh ni..

Tapi mesti korang nak taw kan kenapa saya cakap saya ni agensi cari calon.. Sebab kebanyakan kawan-kawan saya akan dapat gf or bf bila kenal dengan saya.. Tak tau la kebetulan atau dirancang.. Selalunya kalau aku nak kuar pergi mana-mana and member aku akan bawak kawan dia mesti dia suruh bawak kawan aku sorang sebab nak teman kawan dia.. Then lepas kuar tu next2 day rupanya diorang dah kuar senyap-senyap.. Kalau setakat seorang dua member aku tak pe, ni ramai lak tu member2 aku akan dapat couple bila aku ajak diorang kuar..

Frust gak la kawan-kawan anggap aku agensi cari jodoh.. Padahal aku tak planning pape pon untuk diorang ni.. Planning nak cari calon untuk diri sendiri.. Hampeh.. Pape pon aku wish kawan aku bahagia la with their lover.. :)

Sekian..

Saturday, January 14, 2012

:: bLOg UpdatE :: fiRst uPdAtE fOr yEaR 2012 ~ aDdiCt Or lOvE::

Assalamualaikum...wbt..

Lama betul tak meng'update' blog ni.. Nak update pun tak tau apa yang nak di'update'nya.. Maybe belum terlambat lagi untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 untuk semua Blogger or reader.. Malam ini ada sedikit sebanyak cerita yang aku nak kongsi berlaku sepanjang tahun 2011..

2011.....

Meningkatnya umur aku untuk 1 angka lagi.. and aku dah layak untuk mendaftar SPR.. Ce teka berapa umur aku?? hehehe

Aku mula belajar mengenali dunia ni dengan lebih meluas.. Terima Kasih kepada NorHafizan Yaacob sebab kenalkan aku pada dunia sebenar..

Cinta.. Cinta.. Cinta.. Buta ke cinta itu?? Sebenarnya Cinta itu tak buta, tapi hati yang buta tidak memahami erti cinta sebenar..

Jatuh cinta dengan dia yang aku anggap sebagai abang aku.. Abang angkat la konon, tapi akhirnya cinta itu ingin menembusi batas perhubungan abang dan adik.. Aku merasakan jatuh cinta itu lebih indah daripada cinta yang dipaksa, walaupun cinta itu bertepuk sebelah tangan.. Sakit gak bila cinta ni tak berbalas..

Aku 'love addict' dengan lagu Aishiteru.. and aku pernah update blog pasal lagu tu gak.. Kalau sesiapa pernah baca mesti taw kenapa aku addict dengan lagu tu.. Sampai sekarang lagu tu still berkumandang kat blog aku ni.. Love that song so much.. Aishiteru <3

Aku jadi 'karaoke addict'.. Ikutkan tiap-tiap malam nak pergi karok, tapi sen tidak membenarkan.. hehehe.. And bila pergi karok, lagu yang aku suka nyanyi dan akan nyanyi mestilah lagu nyanyian Exist - Alasanmu.. Mungkin lagunya membuatkan aku seronok tok menyanyikan lagu tu walaupun aku dah kerap nyanyi lagu tu.. and credit to Kechik Sajo coz buat aku jadi ketagih dengan karok ni..

Aku frust sangat-sangat bila aku taw someone yang aku tunggu selama berbulan-bulan dah ada awek la.. Cuba korang bayangkan muka frust camne... Lebih teruk daripada monyet yang jatuh mase sengayut.. Hahaha

Terubat kelukaan itu dengan kehadiran seseorang yang tak disangka.. Perkenalan di Facebook dan first date di kedai makan membuatkan aku semakin 'close' dengan si dia..

First time 'candle light dinner' or 'lamp light dinner' yang sebenarnya kat tepi pantai and makan masakan yang aku masak special untuk si dia.. Interview nak jadi calon awek la ni.. hehehe

Belajar main BOWLING taw.. Selalu asyik tengok orang lain je main bowling, now aku pulak main sendiri.. Thank to Shazrulizaq coz ajak and ajar aku camne nak main bowling.. Ketinggalan tol la.. huhuhu.. And now, aku dah terer kit main bowling..

Sebenarnya banyak lagi aktiviti menarik yang aku buat tok tahun ni such as Cuti-cuti Melaka, Kelantan, Terengganu, KL and etc... Tapi tak cukup page kalau nak share semua tu..

~ Aku harap sangat untuk tahun 2012 ni, aku nak cipta banyak kenangan indah dan lupakan segala kenangan silam.. and nak upgrade blog aku supaya kelihatan lebih menarik.. InsyaAllah ~

Sekian...





Latest Update From Suka-Suki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers