Pages

Welcome To Blog Inspirasi Suka-Suki Kehidupanku..Kenali Duniaku Hidupku..Nothing Interesting,But its Special to me..
Powered By Blogger

what are you searching??

Saturday, July 9, 2011

:: bLOg UpdatE :: 10 pErBeZaAN kAu dAn AkU ::

Hello... Opssss.... Assalamualaikum..wbt..

Tengok title pun dah boleh taw kan..
Kalau sebut LELAKI dan PEREMPUAN kita dah boleh berfikir apa PERBEZAAN dua makhluk ini.. 
Bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga pemikiran mereka. 
Hal inilah yang membuatkan lelaki dan wanita saling melengkapi. 
Namun, sebelum mereka saling melengkapi, mari kita selidik apakah yang membuatkan kita begitu berbeza..

LELAKI
gambar hiasan
 WANITA 

1 NAMA

Wanita : Jika Sofia, Anisah, Aisyah, dan Fazlina keluar makan, mereka tetap akan memanggil Sofia, Anis, Aisyah dan Faz di antara sesama mereka.
Lelaki : Jika Asyraff, Faiz, Syazwan dan Izwan keluar makan, mereka akan memanggil gelaran mereka seperti Babat, Tupai, Barai dan Panjang diantara mereka..

2 DUIT

Wanita sanggup mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli dalam kuantiti yang banyak walaupun dengan harga murah, asalkan mereka dapat bergaya.
Lelaki sanggup mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli sehelai seluar jeans Levi's yang berharga beratus-ratus ringgit.

3 BILIK AIR

Wanita secara purata mempunyai hampir 328 barang di dalam bilik air mereka.
Lelaki pula hanya mempunyai 5 barang sahaja di dalam bilik air mereka iaitu berus gigi, pencukur, krim pencukur, sabun buku dan juga tuala. Dan secara puratanya juga, lelaki hampir tidak mengetahui apakah barang tersebut dan tujuannya.

4 PERTENGKARAN

Wanita sering ada sahaja kata-kata akhir selepas sesuatu pertengkaran berlaku. Ala-ala kesimpualan kepada pertengkaran itu la..
Lelaki pula, sering menambah-nambah pada kata-kata akhir wanita itu dan apa yang tidak disangka, ia akan menjadi permulaan kepada pertengkaran yang baru.

5 KUCING

Wanita cukup suka dan sayangkan haiwan kesayangan Rasulullah ini..
Lelaki??? Mereka akan cakap mereka sayangkan kucing dan jika wanita tidak memandang, mereka akan menyepak kucing itu..

6 MASA HADAPAN

Seorang wanita amat risaukan masa depannya sehinggalah mereka dapat seorang suami.
Seorang lelaki tidak pernah merisaukan masa depannya sehinggalah mereka mendapat seorang isteri.

7 KEJAYAAN

Seorang lelaki yang berjaya dapat membuat duit dengan jayanya untuk dibelanjakan oleh isterinya.
Seorang wanita dikatakan berjaya apabila mendapat lelaki seperti diatas itu!!

8 PERKAHWINAN

Seorang wanita berkahwin dengan lelaki dan mengharapkan lelaki itu boleh BERUBAH, tetapi malangnya si dia tidak akan berubah.
Seorang lelaki berkahwin dengan wanita dan mengharapkan wanita itu TIDAK berubah tetapi malangnya si dia akan berubah.

9 BERGAYA

Seorang wanita akan bergaya apabila mereka keluar shopping, membuang sampah di luar, menyiram bunga di halaman, mengambil surat di peti surat serta ketika menonton tv.
Seorang lelaki akan bergaya hanya ketika pergi ke ofis dan majlis perkahwinan.

10 SIFAT SEMULAJADI

Seorang lelaki apabila bangun pagi, rupa mereka semua sama seperti waktu petang dan juga waktu sebelum tidur. Gaya mereka memang tidak terurus dan begitu jugalah sekiranya mereka berkahwin.
Wanita pula, cantik rupanya apabila keluar di waktu pagi, petang dan malam. TAPI apabila mereka bangun dari tidur?? Huhhhh!!! Menakutkan..
Sumber  Majalah Remaja Edisi Dis 2010

Suka-Suki said : Tak semua lelaki macam tu dan tak semua wanita macam tu..

____________________________________________________________________________

TERIMA KASIH DAUN KELADI,
KALAU RAJIN, NANTI AKU UPDATE LAGI..

____________________________________________________________________________

No comments:

Latest Update From Suka-Suki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers