Pages

Welcome To Blog Inspirasi Suka-Suki Kehidupanku..Kenali Duniaku Hidupku..Nothing Interesting,But its Special to me..
Powered By Blogger

what are you searching??

Monday, June 20, 2011

:: bLOg UpdatE :: yOu aRe mY hErO..hApPy fAtHeR's DaY ::

Assalamualaikum..wbt..

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa dekat luar sana tak kira lah yang di panggil 'Ayah', 'Abah', 'Abi', 'Daddy', 'Papa' atau apa-apa sahaja gelaran yang anak-anak korang panggil.. Aku adalah salah seorang anak yang bertuah kerana dapat dua bapa iaitu Bapa Kandung dan Bapa Tiri.. Bapa Kandung aku namanya Suhadi Bin Abd. Rahman.. Aku memanggil insan yang aku sayang ini dengan panggilan 'Ayah'.. Apa istimewa ayah aku ni.. Dia adalah hero keluarga aku.. Aku bangga sebab dikurniakan dengan seorang ayah yang penyayang, bertanggungjawab, peramah, baik hati dan macam-macam la.. Walaupun dia hanya lah seorang buruh binaan, tapi aku tak pernah merasa malu dengan kerja yang dia buat.. Sebab dia bekerja untuk menyara kami sekeluarga.. Kerana kerja yang dia buat tu la, aku sekeluarga cukup makan, cukup pakaian.. Selain itu, ayah juga seorang bapa yang amat ceria.. Walaupun muka ayah nampak serius, tapi ayah amat peramah.. Sebut je nama ayah kat kampung, siapa tak kenal.. And aku still ingat lagi, tangan akak terkena pisau dan terkoyak nampak daging, ayah yang tak punya apa-apa kenderaan, secepat-cepatnya mencari kereta untuk menghantar akak ke klinik.. Nasib baik ayah cepat.. Kalau tidak, akak mesti kehilangan banyak darah.. Pernah sekali masa aku dengan akak aku meronda-ronda satu kampung, aku lalu tempat kerja ayah aku, aku tengok ayah aku sedang berada di bumbung.. Masa tu, hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan aku tengok ayah aku bertungkus lumus bekerja mencari duit.. Sehinggalah ayah mampu membeli sebuah kereta kancil.. Walaupun hanya sebuah kereta kancil, aku cukup bangga dengan apa yang ayah aku dah usahakan.. Ayah tak pernah abaikan kami bila ayah dah beli kereta.. Aku balik sekolah ayah jemput, mama and akak balik kerja pun ayah jemput.. Memang ayah seorang yang bertanggungjawab.. And still meninggal kesan lagi pada aku, aku pernah kena sengat dengan lipan, dan ayah cari lipan tu dan bunuh lipan tu.. Bengkak seminggu tu tangan aku.. And kesannya masih ada pada tangan aku.. You are my hero Ayah.. Kini tiada lagi panggilan ayah, kerana ayah dah tiada lagi.. Tapi aku dapat 'Abah'.. heheheh.. Cuma mereka terlalu different.. emmmm...

Seriously aku tak faham kenapa anak-anak zaman sekarang suka melawan cakap ayah diorang.. Mungkin sebab tak merasa kehilangan ayah tersayang dan tempat bergantung kot.. By the way, aku nak bagi nasihat sedikit, hargailah ibu bapa kita yang masih ada.. Kerana bila mereka tiada, kita akan merasakan kehilangan yang amat besar dalam hidup kita.. Apa-apa pun Sayangilah Ibu Bapa Anda...

SELAMAT HARI BAPA 'AYAH DAN ABAH'...

No comments:

Latest Update From Suka-Suki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers