Pages

Welcome To Blog Inspirasi Suka-Suki Kehidupanku..Kenali Duniaku Hidupku..Nothing Interesting,But its Special to me..
Powered By Blogger

what are you searching??

Saturday, July 9, 2011

:: bLOg UpdatE :: pAkAiAn sEkSi kE kElAs? oPss,TaK pErLuLaH..! ::

Gambar Hiasan
Assalamualaikum..wbt..

Lama betul aku tak update blog ni... So, bila dah rasa bosan tahap gaban ni aku pun merajinkan diri membaca majalah yang edisi beberapa bulan yang lepas.. And aku ada terbaca satu artikel ni.. Memang sesuai la topik ni sebab ada IPT pun dah naik cuti sem..

PENAMPILAN MENCERMINKAN DIRI 
WALAUPUN UNTUK KE KELAS, 
ADAKAH PELAJAR ITU PERLU BERPAKAIAN 
SEOLAH-OLAH MAHU KE KELAB MALAM? 
SEDIKIT TIPS PAKAIAN YANG HARUS DIPAKAI UNTUK 
KE KELAS. 
NANTI SEMUA MATA MEMANDANG, SIAPA YANG MALU? 
KAMU DAN KAMU JUGA...HEHEHE


Baju Nipis Menembusi Pandangan
Oh, pasti ada yang gemar memakai baju nipis ke kelas. Ditambah pula dengan pakaian dalam yang berwarna terang ! Nak tunjuk pada siapa sebenarnya? Cubalah jangan berpakaian sebegini. Jangan sampai orang silap tengok kamu sebagai perempuan murahan ya !

Strappy Heels Bertali Tinggi
Hah, kamu ni nak ke kelas ke nak ke majlis makan malam? Ada juga yang berani memakai strappy heels bertali tinggi ini dengan skirt yang terlalu pendek. Sudah pasti kamu akan menjadi perhatian. Pakailah kasut yang sesuai dan simpan strappy heels kamu yang cantik itu untuk acara lain ok.

Baju Berbelah Di Dada
Kamu berharap akan ada aura seksi jika berpakaian begini? Mungkin sebelum melangkah dari bilikmu, fikirkan ke mana arah tujuanmu. Jika kamu ingin menuju ke kelas, lebih baik kamu tukar baju tersebut erlebih dahulu! Tak perlu nak menunjuk dadamu apabila ke kelas. Sila-silap, bila kamu tertunduk-tunduk di kelas ada pula lelaki lain yang ambil peluang menyaksikan 'Pertunjukan Percuma'. Tak malu ke?

T-shirt Tanpa Kolar
Pasti ramai yang berpakaian begini ketika ke kelas, khususnya golongan lelaki. Bagi mereka, penampilan ringkas adalah pilihan yang paling tepat. Tapi kamu akan kelihatan sangat selekeh dan tidak mencerminkan keperibadianmu yang positif sebagai seorang pelajar. Lainlah kalau kamu ada projek ataupun tugasan yang melibatkan kerja-kerja luar. Apa-apa pun, cubalah berpakaian dengan lebih menunjukkan kredibiliti diri kamu ya!

Sumber : Majalah Remaja Edisi 15 Feb 2011


P/S : Sebenarnya ada banyak lagi, tapi aku malas nak taip lak.. Ini just untuk ingatan.. Aku pun kadang-kadang terpakai baju nipis gak pergi kelas.. So... Thank sebab baca...hehe

2 comments:

arora said...

pg klas pki baju renang je..balek terus bole g mnd laut...muhahahha~

Nurul Nadzirah said...

tu la yg aku nk bentangkan kt pengarah t..utk kebaikan bersama..hahah

Latest Update From Suka-Suki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers